Pada tahun 1992 saya bersama sdra.Marsidih Hj.Waslih menjadi - TopicsExpress



          

Pada tahun 1992 saya bersama sdra.Marsidih Hj.Waslih menjadi perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Limbawang ke persidangan UMNO Pusat di PWTC.Ketika itu Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Limbawang adalah Mohd.Samlih Juaisin dan Sdra.Isnin Hj.Liasnih Naib Ketuanya.Masa itu berada di KL selama 16 hari dimana sebelum persidangan kami secara langsung terlibat dengan Sukan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di Stadium Ceras.Ketiua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia masa ialah PM kita skrg YAB.Datuk Seri Najib.Kami tinggal di Asrama Maktab Perguruan Teknik Ceras selama 8 hari,macam-macam mslh dihadapi tidur tak selesa sering diganggu nyamuk bila tidur.Rombongan Pergerakan Pemuda UMNO Sabah masa itu ndiberikan peluang melawat ke Negeri Melaka,N.Sembilan dan Selangor.Masa tuh tak ada sponnser duti poket...terpaksa gunakan duit sendiri maklum lah UMNO(BN) adalah pembangkang di Sabah.Seminggu sebelum bertolak ke KL saya membuat pinjaman kewangan daripada KOPEKS sebanyak RM3,000.00.RM2,000.00 dibawa ke KL dan RM1,000.00 lagi ditinggalkan untuk belanja isteri dan 2 orang anak.Lain lah skrg ini kalau jadi perwakilan atau pemerhati ke persidangan UMNO Pusat ada bagi sponser duit poket.Kebanyakan kami rombongan dari Pergerakan Pemuda UMNO Sabah amat berharap jika UMNO menjadi teraju pemerintah di Sabah kami ada peluang terutama dlm bidang ekonomi...tetapi sayangnya perjuangan kami kurang mendapat perhatian dan dilupakan.Apa pun ketika berada di sana masa itu saya tetap tabik hormat kepada Datuk Mohd.Shafie Hj.Apdal Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Sabah sentiasa mengambil berat permasalahan ahli rombongan dan beliau sanggup duduk bersama kami dlm bas ketika melawat negeri-negeri yg tersebut tadi.Itu lah kenangan abadi bersama UMNO yg tetap terpahat dalam jiwaku cuma masih terharu kami telah dilupakan begitu sahaja.Apa pun biar lah Tuhan yang menentukannya dikemudian hari.
Posted on: Thu, 10 Oct 2013 06:09:20 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015