Pagi ini saya masih terkesan dengan berita pemergian ke - TopicsExpress



          

Pagi ini saya masih terkesan dengan berita pemergian ke rahmatullah Allahyarham Ustaz Harun Taib, Ketua Dewan Ulama PAs Pusat malam kelmarin. Terkenang kegigihan beliau untuk datang mesyuarat sekalipun dengan berkerusi roda. Almarhum dan Almarhum Ustaz Azizan kedua-duanya saya kenal sebagai orang yang sangat degil. Degil melawan kesakitan untuk terus datang mesyuarat sekalipun dalam situasi yang sangat uzur. Saya doa sungguh-sungguh, kedua-dua sahabat saya yang baru sahaja meninggalkan kita ini dirahmati oleh Allah SWT. Saya harap semua pendokong perjuangan Islam pun tidak putus-putus mendoakan pimpinan yang telah pergi selama-lamanya ini. Sesungguhnya masa mereka telahpun tiba, semoga apabila masa kita tiba nanti, kita pergi di dalam keimanan dan ketaatan kita yang tidak berbelah bahagi kepada Allah SWT.. Amin Ya Rabbal Alamin...
Posted on: Sun, 26 Jan 2014 04:07:09 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015