Pakatan Rakyat Mampu Selesai Kenaikan Kos Idris Hj - TopicsExpress



          

Pakatan Rakyat Mampu Selesai Kenaikan Kos Idris Hj Ahmad 24/1/16 Jika PR diberi mandat insyaAllah kenaikan kos hidup tidak akan berlaku. Kerana penyelesaian yang dicadangkan ialah untuk menghapuskan tol, menurunkan harga petrol, mengawal harga letrik, melawan rasuah, melawan ketirisan dan mewujudkan tender tebuka. Inilah perkara asas untuk menyekat kesan berantai, sehingga kos meningkat yang berakhir dengan bebanan kepada pengguna. Cadangan pintar ini tidak menjadi kenyataan apabila gagal mendapat mandat untuk memerintah kerajaan Pusat. Terdapat juga tuduhan nakal pemimpin BN dan penyokong mereka yang mengatakan kenapa Pakatan Rakyat tidak menurunkan harga di negeri yang mereka perintah. Inilah juga hujah yang diuar-uarkan kepada rakyat yang tidak memahami struktur pemerintahan sebuah negera, antara bidang kuasa kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Negeri PR boleh turun harga kos jika cukai kastam di Pelabuhan diberi kepada negeri. Duti stem, saman polis, saman JPJ, bayaran pasport antarabangsa, cukai lapangan terbang diberi kepada negeri Pakatan Rakyat. Sedangkan semua hasil ini diambil oleh kerajaan pusat. Kerajaan negeri hanya mendapat hasil daripada cukai pintu, cukai tanah, air dan hasil hutan. Sekarang pemimpin B panik, menghadapi kemarahan rakyat. Jawapan mereka seolah-olah bukan lagi seorang negarawan, tetapi layak menjadi pemimpin Umno cawangan sahaja. Jawapan yang menyakit hati rakyat bukan hendak mengubat hati r akyat, seperti kata kangkung murah, kenapa tidak puji kerajaan, lalu jalan biasa jika tidak mahu bayar tol, tambang bas sekolah mahal kerana ibu bapa sanggup membayar, jangan makan ayam jika ayam mahal, pembeli kena boikot membeli jika harga mahal. Penjual dengan mudah menjawab, semuanya berpunca daripada kenaikan harga minyak, tol, letrik. Mereka tidak berupaya untuk mengatasi melainkan kos ini dibebankan Sent from my iPad
Posted on: Fri, 24 Jan 2014 09:30:25 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015