Pakatan Rakyat ambil langkah bijak tangani isu agama, kata - TopicsExpress



          

Pakatan Rakyat ambil langkah bijak tangani isu agama, kata penganalisis ** Dengan pelbagai isu kontroversi membabitkan agama yang berlaku di negara kini, penganalisis politik menyifatkan pendekatan Pakatan Rakyat (PR) memberi reaksi tanpa mengambil langkah proaktif merupakan langkah bijak. Daripada memberikan reaksi berhubung kontroversi agama, PR dilihat lebih kerap mendiamkan diri dan tindakan itu membantu mereka untuk tidak termasuk dalam perangkap Barisan Nasional (BN). PR baru-baru ini kelihatan lantang memberi kenyataan berhubung isu kontroversi seperti kalimah Allah, penyembelihan lembu di sekolah, dan perobohan kuil 101 tahun kuil Sri Muneswarar Kaliyaman di kawasan segi tiga emas untuk memberi laluan kepada projek pembangunan. Penganalisis politik, Khoo Kay Peng, berkata PR digambarkan berada dalam tempoh bulan madu kerana tidak ada keperluan untuk tampil menyatakan pendirian yang jelas dalam isu agama. Strategi utama Pakatan ialah dengan tidak menyatakan pendirian jelas apabila melibatkan isu yang kabur seperi agama bagi mengelak diserang oleh Umno. Selama ini mereka mengambil langkah tersebut dan membuktikan ia berjaya untuk PR, katanya. Penganalisis Politik dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Professor Dr Jayum Jawan turut menyokong pendapat tersebut dan berkata, PR memainkan peranan politik baik untuk dilihat kepada umum. Beliau berkata, bangkit dengan pendirian mungkin membolehkan mereka senang diserang oleh lawan, maka pendekatan dibawa PR sekarang dilihat lebih selamat. Terus memberi komen dilihat langkah yang bijak daripada menyatakan pendirikan sekali gus menjadikan mereka terselamat daripada diserang pihak lawan. “Maka inilah yang PR lakukan iaitu bermain seolah-olah seperti politik baik dan anda boleh menjangkakan perkara demikian berlaku dalam parti politik, katanya. Jayum berkata, kelebihan berpihak kepada PR sekiranya parti itu tampil menyediakan polisi menyeluruh mengenai isu agama kerana ia akhirnya menyelamatkan parti apabila wujudnya percanggahan kelak selain dapat membantu mereka daripada mengulangi kenyataan yang sama berulang kali. Dengan cara ini, umum dapat melihat mereka sebagai barisan yang bersatu, lebih bersependapat dalam satu hal, katanya. Bagaimanapun, Khoo berkata, PR perlu meneruskan operasi dengan strategi sedia ada di mana ia memperlihatkan seolah-olah tiada permintaan rakyat untuk mereka menyatakan pendirian. Apa yang berlaku pada Pakatan adalah isu sentrik iaitu reaksi mereka berdasarkan kontroversi yang diwujudkan BN terutama Umno, ini menjelaskan mengapa Pakatan begitu terkenal sekarang ini. Mengambil kesempatan daripada kesilapan Umno kemudian berdolak-dalik dalam sesuatu isu jelas berkesan untuk mereka, katanya. Sementara itu, Naib Presiden PKR, N Surendran, berkata selagi parti itu tidak mempunyai kuasa mentadbir negara maka PR perlu memastikan mereka terus konsisten memainkan peranan dalam memberi tekanan kepada kerajaan untuk mengubah cara menangani isu. Beliau berkata, peranan parti pembangkang di Malaysia adalah amat penting untuk menangani korupsi dan penindasan kerajaan. Khoo berkata, alasan mengapa PR selalu dilihat cuba mengelak membuat pendirian jelas berhubung isu agama kerana ia tidak semestinya dipersetujui oleh sesama mereka. Seperti kes kalimah Allah, ia senang untuk mereka tapi apabila tiba dalam isu negara Islam dan melaksanakan undang-undang syariah ia amat sukar bagi mereka menetapkan titik persetujuan, katanya. Katanya, PR perlu menyatakan pendirian dengan jelas dan tegas berhubung isu agama apabila mereka berjaya menawan Putrajaya. Surendran yang juga Ahli Parlimen Padang Serai itu berkata, tidak wajar untuk membuat kesimpulan PR tidak mempunyai pendirian jelas apabila ia berkaitan dengan isu agama. - 17 November, 2013. MENYUSUL LAGI TMI YN
Posted on: Sun, 17 Nov 2013 03:40:06 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015