"Pasti berjaya di Akademi Fantasiaaa" Ye berjaya sangat. Berjaya - TopicsExpress



          

"Pasti berjaya di Akademi Fantasiaaa" Ye berjaya sangat. Berjaya menjadi artis instant. Itu saja. Lebih dari tu apa? Kualiti? Memang ke parit lah kan.. Dah banyak kali mufti bersuara memberi nasihat agar program realiti seperti ini dihentikan. Kita sendiri boleh lihat program hiburan berbentuk realiti televisyen bertentangan dengan nilai dan hukum agama serta menggalak rakyat membazir, selain menjurus ke arah berlakunya maksiat. Mufti ni dilantik oleh Sultan sebagai penasihat agama islam ye dak. Dah kalau kata mufti tak diendahkan, asyik nak lagha dan lalai je, kata siapa yang kita nak percaya lagi? Selalunya orang atasan di stesen TV akan pakai alasan untuk mencungkil bakat baru dalam dunia nyanyian. Nyanyi nyanyi nyanyi. Dah takde kerja lain dah dalam dunia ni? Mungkinkah dunia sudah menghampiri akhir zaman? Mungkinkah ini petanda petanda apabila yang jahil diataskan dan yang benar dibawahkan? Wallahualam. "Syukurlah, Malaysia masih aman"
Posted on: Tue, 08 Oct 2013 07:38:28 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015