Peguam itu berkata: Akulah Lone Ranger! Setiap pagi dia akan - TopicsExpress



          

Peguam itu berkata: Akulah Lone Ranger! Setiap pagi dia akan menjadi pelajar Sekolah Rendah dengan mengenakan Uniform Hitam Putih dan masuk ke dalam Mahkamah sebelum jam Lapan. Bila loceng berbunyi semua pun kena Bangun! sebagai tanda hormat kepada Cegu mejistret itu. Pada jam sepuluh, dia bergegas ke pejabat sebab kena bertemu kliennya seorang Cikgu Sekolah yang membeli Rumah berharaga 300 hengget. Hengget bermaksud Ribu Ringgit. Dan Cikgu Sekolah yang bergaji bulanan lebih 5 hengget tu pun mebayarlah Duit Loyer sebanyak 8 hengget. Wau! kayerla Tuan Loyer dapat RM8,000 hari ini. Loyer tu pun senyum kerang busuk dan berkata pada Cikgu tu, Ya, kaya seorang Servant to the Government Servant. Cikgu tu tak faham. Dan bergegas keluar pejabat untuk naik Kereta Toyota Altisnya. Terlihat di sebelahnya sebuagh kereta Proton Wira berstiker Bar Council. Dalam hatinya, Eh! takkan Lloyer kaya tu pakai Wira jer aku pun mampu pakai Altis. Duit lapan ribu tu hanya lebih kurang 2,500 ribu jer masuk ke Office Account Loyer tu sedangkan 5 ribu tu buat BAYAR SETEM Duti Setem, PDS LHDM. Akhirnya 5 ribu tu pun mengalirlah ke dalam Akaun Kumpulan Wang Yang Disatukan, Perbendaharaan Malaysia. Maka setelah diproses, duit 5 ribu tu masuk kembali ke akaun Gaji Cikgu tu. Lalu dapatlah dia bayar ansuran seribu Kereta Altisnya yang berwarna Pink itu. Manakala 500 ringgit pula masuk ke Pejabat Tanah dan masuklah ke Kantung Kerajaan Negeri buat tambahan kepada Pegawai PAR lantikan Negeri. Dan 2,500 tu dikira tempoh kerja Coveyancing 3 bulan hanyalah RM800 untuk tampung segala kos Pejabat Loyer tu. Gaji Staf Senior pun kena bayor 2,000 sebulan. Api standard la semua pakai Air Cond. Gedebuk gedebak. Dengan kos Lesen Professional kunun. Duit Insurans bla-bla. Bila Loyer tu dapat Untung Bersih kena pula Congak untuk Bayar Income Tax; maka cukuplah Jumlahnya RM2,000. Cukuplah untuk Gomen bayarkan Gaji isterinya sebulan yang Gred 17 tu. Dan Loyer tu pun collect kan Service Tax dapatlah puratanya RM7 ke 8 ratus buat Gomen kumpul-kumpulkan jadikan bajet buat jalanraya. Tapi Loyer tu meniaga kat KL yang banyak sangat Tol hari-hari dia kena tempuh; puratanya RM20 ringgit sehari jadilah sebulan RM600 masuklah sebahagiannya ke poket Ahli Politik Gondrong yang deal tentang konsesi Lebuh raya tu. Petangnya, Loyer tu pun kena jadi budak U sebab nak buat Hujahan bertulis sebab Tok hakim yang malas sangat nak dengar kes lama-lama. Pada masa sama jugak, Loyer tu kena ambil nota kliennya seorang Perogol Bersiri. Bagi Perogol Bersiri itu Loyer itu ialah Wiranya kerana semua kes yang Loyer ni handle semua dapat DNAA sebab dah kasi lapik punya hal. Dulu masa Perogol Bersiri ni takder duit dibayarlah Loyer tu dengan Sebiji Kereta Wira Second hand; itulah kereta yang dipakai oleh Loyer tu. Di malam pula pula Loyer tu kena baca banyak Case Law sebab lapik-lapik pun kena bijak berlakon di pentas bicara. Macamlah loyer tu student PhD yang selak sana selak sini buku tebal-tebal. Tidur lewat dan bangun awal dan kutip duit rakyat untuk bagi kat Gomen. Itulah kerjaku hari-hari. Akulah Lone Ranger itu., bersuara hatinya. (Dalam Filem Lone Ranger; watak Lone Ranger asalnya seorang Lawyer). Karya, Ansor Grisham. Tiada Hakcipta 2013.
Posted on: Wed, 04 Dec 2013 09:35:07 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015