Pelajar 17 tahun paling ramai terjebak Kuala Lumpur: Persatuan - TopicsExpress



          

Pelajar 17 tahun paling ramai terjebak Kuala Lumpur: Persatuan Pengasih Malaysia (PENGASIH) mengakui gejala pengambilan syabu didapati semakin menular dalam kalangan remaja belasan tahun yang masih bersekolah. Presidennya Datuk Mohd Yunus Pathi berkata, berdasarkan kes yang dirujuk kepadanya sejak beberapa tahun lalu didapati pelajar berusia 16 dan 17 tahun paling ramai terjebak dengan syabu. Justeru, beliau mencadangkan kepada kerajaan supaya guru kaunseling dan motivasi ditambah di sekolah seluruh Malaysia dalam usaha memberikan bimbingan kepada mereka yang terbabit secara sewajarnya. “PENGASIH merasakan ia jalan terbaik mengatasi masalah ketagihan dan pengambilan syabu ini kerana ia bermula daripada pergaulan mereka di sekolah dan jumlah guru ketika ini tidak mencukupi. “Selain itu, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga perlu memainkan peranan dengan menyediakan garis panduan sewajarnya seperti dianjurkan kementerian,” katanya. Yunus berkata, sebagai pertubuhan yang berperanan membantu mereka menerusi bimbingan kepulihan, PENGASIH bersedia memberikan kaunseling kepada pelajar berkaitan dengan mengaturkan pertemuan di pejabatnya di ibu negara. Selain itu, pihaknya turut mengesyorkan mereka yang menghadapi masalah ketagihan terutama di bawah umur supaya merujuk perkara itu di Pusat Khidmat Cure and Care berdekatan untuk bantuan.
Posted on: Sat, 13 Jul 2013 05:37:34 +0000

Trending Topics



>

Recently Viewed Topics




© 2015