Pelarasan gaji 2014 - Penjawat awam dapat dua kenaikan - TopicsExpress



          

Pelarasan gaji 2014 - Penjawat awam dapat dua kenaikan gaji Lebih 600,000 penjawat awam yang terlibat dalam 81 skim perkhidmatan awam yang ditambah baik di bawah Bajet 2014 akan menerima surat tawaran opsyen itu bulan ini. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata, mereka perlu memberi maklum balas dalam tempoh sebulan daripada tarikh surat itu dikeluarkan oleh ketua jabatan masing-masing. Menurutnya perjumpaan dengan bahagian sumber manusia di semua agensi dan kementerian terlibat untuk memberi maklumat terperinci berhubung penambahbaikan itu akan diadakan secepat mungkin. Bercakap pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan Cuepacs mengenai skim itu di sini hari ini, Mohamad Zabidi berkata mereka yang tidak bersetuju dengan opsyen itu akan kekal dalam skim atau jawatan asal. “Antara penambahbaikan itu ialah kenaikan taraf skim perkhidmatan gred 1 hingga 10 kepada gred 11, pemberian dua tambahan kenaikan mata gaji dan pertukaran nama beberapa skim seperti diminta Cuepacs dan kesatuan berkaitan,” katanya. Mohamad Zabidi berkata, penambahbaikan itu adalah sejajar dengan kerja keras penjawat awam pada masa kini yang bekerja dengan cepat, tepat dan produktif. Berikutan penambahbaikan terhadap 81 skim perkhidmatan itu, beliau berkata jumlah skim perkhidmatan sedia ada dapat dikurangkan daripada 274 kepada 249 skim bermula 1 Jan 2014. - Bernama 81 skim perkhidmatan itu melibatkan; Pembantu Kawalan Trafik Udara Pemandu Lokomotif Sabah Pereka Pegawai Kebudayaan Ahli Fotografi Jurusolek Pegawai Galian Pegawai Kimia Bumi Pegawai Kaji Bumi (Geofizik/Kaji Bumi) Penolong Pegawai Galian Penolong Pegawai Kimia Bumi Pembantu Galian Pembantu Kaji Bumi Pegawai Makmal Filem Penolong Pegawai Makmal Filem Pembantu Makmal Filem Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma Pensyarah Perubatan Pensyarah Pergigian Pembantu Pegawai Latihan Vokasional/ Penolong Pegawai Latihan Vokasional/ Pegawai Latihan Vokasional Pengajar Kraf Pembantu Pertanian Pembantu Veterinar Renjer Hutan Pengajar Membalak Pengawas Hutan Pembantu Hidupan Liar Pembantu Hidupan Liar Rendah Tukang K1 Tukang K2 Tukang K3 Pemandu/ Operator Jentera Pemunggah Operator Loji Pekerja Awam Khas Pekerja Awam Penyelamat Pelukis Pelan Juruteknik Landskap Juruteknik Juruteknik Ukur Juruteknik Perancang Bandar dan Desa Pembantu Pemeriksa Kilang dan Jentera Penguasa Bekalan Air MerinyuTali Air Pegawai Perhubungan Preman Penyelia Jeti Penghantar Notis Pembantu Kamera/Pemandu Pemandu Kenderaan Pembantu Am Pejabat Pengurus Stesen Penyelia Jurupakaian Peniup Kaca Pegawai Khidmat Pelanggan Pengawas Pemulihan Pegawai Penerbitan Penolong Pegawai Penerbitan Pembantu Penerbitan Operator Kamera Offset/ Pembuat Plat Penolong Operator Kamera Penolong Pegawai Penyelidik Sosial Pembantu Penyelidik Sosial Pengurus Asrama Penolong Pengurus Asrama Penyelia Asrama Penolong Pegawai Tadbir Tanah Pembantu Tadbir Tanah Pegawai Pemeriksa Paten Pemandu Enjin (Keretapi Bukit Bendera) Pembantu Pemuliharaan Jurulatih Kawad Pembantu Wartawan/Wartawan Atendan Kesihatan Penolong Pegawai Penaksir Pegawai Aktuari Pegawai Angkatan Tetap, Angkatan Tentera Malaysia Askar Laskar Angkatan Tetap, Angkatan Tentera Malaysia
Posted on: Mon, 04 Nov 2013 03:11:06 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015