Pelbagaikan sumber ekonomi Posted date: September 16, 2013 Oleh - TopicsExpress



          

Pelbagaikan sumber ekonomi Posted date: September 16, 2013 Oleh Rafidah Jumat, Media Permata BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Sept – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah Brunei Darussalam pada 2012 telah mengalami pertumbuhan ekonomi yang agak rendah disebabkan oleh pengeluaran di sektor minyak dan gas yang menurun. Walaupun sektor bukan minyak dan gas telah mencatatkan pertumbuhan yang menggalakkan iaitu sebanyak 3 peratus namun, ini adalah pertumbuhan dari asas yang rendah. Ke arah ini, usaha mempelbagaikan kegiatan perekonomian dan sumber pendapatan negara perlu dilipat gandakan lagi sebagai langkah mewujudkan perimbangan. Titah Baginda, tumpuan juga perlu diberikan kepada meningkatkan penyertaan dan penglibatan syarikat-syarikat serta usahawan-usahawan tempatan dalam sektor swasta. Jurang keupayaan dan tatacara perlaksanaan oleh agensi-agensi berkaitan bagi membantu pengusaha-pengusaha tempatan adalah perlu dikenalpasti dan diperbaiki lagi. “Kerajaan Beta, insya Allah akan terus mengamalkan dasar untuk mewujudkan suasana pro perniagaan dan pelaburan. “Kejayaan rancangan pembangunan negara tidak boleh dianggap lengkap jika masih ada segolongan masyarakat yang tidak dapat menerima hakikat manfaat dari pembangunan tersebut,” titah Baginda sempena Hari Keputeraan Baginda yang ke-67 tahun. Maka dalam konteks inilah, negara menekankan ‘pembangunan inklusif’ yang bererti pembangunan negara meliputi ‘dimensi kemanusiaan’ dengan memberikan peluang kepada setiap anggota masyarakat untuk terlibat sama menyumbang kepada, dan memperoleh manfaat daripada pembangunan. Menyedari akan hakikat ini, kerajaan Baginda telah mengambil langkah-langkah bersepadu, bukan sahaja dalam mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan tetapi juga memastikan setiap belia yang akan menyertai pasaran pekerjaan adalah diberikan peluang untuk meningkatkan lagi keupayaan dan kemahiran mereka. Menyentuh mengenai beliau dan tenaga kerja yang produktif, Baginda bertitah sistem pendidikan negara perlu menekankan pembangunan insan seimbang yang merangkumi pembangunan sikap, mentaliti, ‘sikap’ serta juga daya kreativiti dan daya keusahawanan, dan aspek ini memerlukan penerapan dari peringkat awal pendidikan lagi.
Posted on: Mon, 16 Sep 2013 21:56:11 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015