Peluang dan bagaimana hendak menjaganya. Apabila kita diberi - TopicsExpress



          

Peluang dan bagaimana hendak menjaganya. Apabila kita diberi peluang seringkali kita abaikan. Peluang dapat bukan selalu ia ibarat sehelai duit RM100.00 yang akan jatuh dari langit. Apakah sikap kita pada peluang tersebut? 1. Menunggu dan lihat ia disambar orang lain. 2. Merebut peluang tersebut kemudian tidak mau teruskan. 3. Ragu ragu pada peluang tersebut dengan berbagai alasan. 4. Takut ‘apa orang lain kata’ 5. Rebut pelang tersebut dan bertindak Ramai pelukis yang diberi dan dapat peluang tapi mengabaikannya. Apabila saya diberi peluang untuk melukis dan menjual hasil karya diperkampungan pelukis Jalan Conlay pada tahun 90an saya pastikan ia suatu peluang yang jarang saya terima. Ketika itu perkampungan pelukis masih sepi dan galeri saya terletak dihujung komplek. Sudahlah terlindung dari pandangan dan kedudukan dari sudut business tidak menguntungkan. Tindakan saya pada ketika itu kena buat akitiviti. Maka kami adakan aktiviti melukis bersama kanak-kanak. Kami hiasi galeri itu secantik mungkin dengan harapan apabila pembeli datang keadaan lebih mesra dan nyaman. Lukisan yang dijual ketika itu agak murah. Dengan mendapatkan dana dari SHELL kami berjaya mengadakan pameran pelukis Conlay. Dari situlah saya dapat banyak peluang antaranya commission lebih 200 keping lukisan untuk Lone Pine Hotel Penang dan Escort Hotel KL. Masa berlalu disana dan apabila peristiwa hitam berlaku disana saya mencuba nasib membuka sebuah galeri diCity Square dengan sewa RM 2,000.00 sebulan. Bayangkan dari sewa sebanyak RM200.00 sebulan saya beranikan diri menyewa galeri yang bernilai RM2,000.00 sebulan. Beberapa tahun kemudian apabila saya ditawarkan menyewa di Pasar Seni saya mengambil resiko. Sewanya RM4,000.00 sebulan. Bayangkan dengan mengendalikan 2 buah galeri saya terpaksa membelanja lebih RM10,000.00 sebulan untuk sewa dan gaji pekerja. Masa berlalu dan apabila ditambahkan rezeki olehNya dapatlah saya membeli 2 buah rumah dimana sebuah saya jadikan studio dan sebuah lagi tempat tinggal. Peluang demi peluang saya terima walaupun sering menerima kiritikan dan cemohan. Antara kata kata yang saya terima “ beraninya kau menyewa galeri” Yusof gajah dah bangkrap sebab tu dia tutup galeri’ dan banyak lagi tapi kata kata tersebut membuat saya lebih kuat dan bersemangat untuk meneruskan hidup sebagai pelukis. Hubungan saya dengan pembeli atau kolector masih berjalan baik malah ada yang sudah memiliki lebih 80 keping. Hubungan dengan collector perlu dijaga. Kini walaupun tidak menyewa galeri namun galeri saya Gajah Gajah Gallery masih lagi beroperasi dan sering mengadakan aktiviti. Apakah kita sebagai pelukis sering mengeluh dan rasa iri hati serta cemburu apabila rakan kita mendapat peluang. Mungkin kita kena lihat apa kekurangan dan kelebihan sesaorang apabila dia di beri peluang.
Posted on: Wed, 26 Jun 2013 20:58:36 +0000

Trending Topics



-OMNIPRESENT-OMNISCIENT GOD AND ITS FAILURE ;

Recently Viewed Topics




© 2015