Pemilihan UMNO Medan Untuk Buktikan Rasa Cinta Pada Parti IPOH, - TopicsExpress



          

Pemilihan UMNO Medan Untuk Buktikan Rasa Cinta Pada Parti IPOH, 23 Ogos – Exco Kerajaan Negeri Perak, Hj Nizar Zakaria berkata, setiap ahli UMNO yang berkelayakan dan berhajat untuk bertanding sebarang jawatan pada Pemilihan UMNO akan datang haruslah mementingkan keutamaan parti agar parti UMNO terus kukuh dan menjadi tonggak kepada kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN). Jelasnya lagi, sikap ugut-mengugut atau melobi secara berlebihan haruslah ditolak agar masa hadapan parti tidak terjejas. Ahli UMNO Bersemangat “Presiden parti telah melakukan pelbagai transformasi termasuklah pada pemilihan UMNO kali ini. Semua ini adalah demi kepentingan parti agar ianya terus kukuh untuk diwarisi oleh anak cucu kita demi masa hadapan. “Ianya adalah sesuatu yang amat penting dan tidak boleh dijual beli. Oleh itu, sesiapa sahaja yang berhajat untuk bertanding haruslah mengamalkan sikap bertanggungjawab dan amanah apatah lagi apabila telah terpilih nanti. Ianya bukan sesuatu yang mudah untuk menggalas tanggungjawab yang diberi. “Sekiranya kepentingan peribadi menjadi keutamaan sehingga sanggup mengadu domba merosakkan parti, memburukkan individu lain dengan niat untuk mendapat jawatan maka orang itu tidak layak untuk bertanding. Jangan hanya kerana hendak naik, orang lain dipijak. “Harus diingat bahawa kita mahukan sokongan yang lama untuk terus maju. Maka tidak perlu tunjuk hebat sehingga sanggup ‘membunuh’ calon lain,” ujarnya kepada UMNO-Online. Beliau yang juga merupakan ADUN Belanja turut menasihatkan ahli yang berminat untuk bertanding agar menyelami dan serapkan di dalam diri bahawa kepentingan dan masa hadapan parti adalah jauh lebih utama daripada mendapat jawatan tetapi semangat cintakan parti tiada. “Sekarang ini zaman sudah berubah. Parti kita juga berubah mengikut peredaran zaman. Oleh itu sekiranya kita kalah nanti, jangan ada sifat dengki sehingga sanggup memburukkan parti keramat UMNO. Ini semua akan menyebabkan parti kita hancur. “Presiden parti terdahulu sehinggalah yang sekarang telah melakukan pelbagai usaha sehinggakan parti UMNO menjadi contoh di mata dunia. Sebab itu pembangkang berusaha gigih untuk menjatuh dan melemahkan UMNO kerana sekiranya UMNO lemah maka senang untuk mereka menghancurkan BN. “Inilah yang harus kita jaga. Jadikan pemilihan ini sebagai satu medan berpolitik secara sihat. Buktikan kepada pembangkang bahawa kita orang UMNO cintakan parti lebih daripada kepentingan peribadi,” jelasnya lagi. – MediaUMNO
Posted on: Sat, 24 Aug 2013 02:45:28 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015