Pemuda maut dalam kejadian langgar lari 11th September, - TopicsExpress



          

Pemuda maut dalam kejadian langgar lari 11th September, 2013 NABAWAN: Seorang pemuda tempatan maut dalam satu kemalangan langgar lari di kilometer 70 jalan Keningau-Nabawan –Sepulut berhampiran Kg. Sarikan kira-kira jam 10.30 malam pada Isnin. Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintenden Polis (DSP) Robert Salisip @ David yang mengesahkan kejadian itu berkata, mangsa dikenali Roy De Meyon Bin Ampaku, 20, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala apabila dilanggar dari belakang oleh sebuah kenderaan yang tidak dikenal pasti. Katanya, semasa kejadian mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kg. Indah Nabawan.
Posted on: Sun, 15 Sep 2013 06:19:36 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015