Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa telah dilantik menganggotai - TopicsExpress



          

Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa telah dilantik menganggotai Jawatankuasa Program Pembangunan Bola Sepak Negara dan ada yang menyatakan lantikan beliau tidak sah. Lantikan TSAM adalah SAH, dan ini pencerahan daripada Majlis Sukan Negara menerusi satu kenyataan media yang dihantar. --------------------------------------------------------------- Pihak Majlis Sukan Negara (MSN) selaku sekretariat Jawatankuasa Program Pembangunan Bola Sepak Negara, ingin memaklumkan bahawa perlantikan bekas Presiden Bolasepak Kelantan (KAFA) dan bekas Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa selaku ahli jawatankuasa program berkenaan, adalah dianggap sah dan tidak bercanggah dari segi perundangan ekoran penggantungan beliau yang didapati bersalah melanggar Artikel 88 FAM, sebelum ini. Pihak Majlis telahpun merujuk status Annuar yang digantung oleh FAM sehingga 4 Oktober 2014 kepada Pejabat Pesuruhjaya Sukan yang berpandangan secara dasarnya, beliau boleh dilantik sebagai ahli jawatankuasa Program Pembangunan Bola Sepak Negara sepertimana yang dicadangkan oleh Menteri Sukan, Khairy Jamaluddin. Ini berdasarkan kepada penggantungan terhadap Annuar adalah di bawah peruntukan perlembagaan atau statute FAM sendiri dan bukannya Akta Pembangunan Sukan (APS) 1997. Peruntukan Seksyen 25 APS 1997 tidak terpakai kepada Annuar kerana peruntukan ini adalah berkenaan akibat tindakan penggantungan atau pembatalan yang dikenakan oleh Pesuruhjaya Sukan ke atas badan sukan atau mana-mana orang dan bukannya oleh FAM. Status Annuar juga dianggap sah kerana kuasa untuk melantik mana-mana orang sebagai ahli dalam apa-apa jawatankuasa yang difikirkan perlu adalah kuasa yang diperuntukkan oleh APS 1997 kepada Menteri Sukan. Sekian terima kasih. Sumber TRWFC Admin -Mamat -
Posted on: Sun, 24 Nov 2013 09:19:24 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015