Pendidikan Islam ni benda basic. Ini soal agama dan pegangan - TopicsExpress



          

Pendidikan Islam ni benda basic. Ini soal agama dan pegangan hidup. Menerapkan mata pelajaran pendidikan Islam ke dalam UPSR sebenarnya penting. Itu adalah kayu ukur untuk menilai samada pelajar sekolah rendah faham tentang agamanya atau tidak, sebelum mereka menjengah alam baligh. Dengan itu, barulah lahir manusia2 yang diharap untuk membangunkan negara, atau sekurang2nya menjadi rakyat yang baik, kerana itulah prinsip pendidikan yang sebenarnya - melahirkan manusia yang baik. Tiada gunanya teknokrat yang membanjiri industri kalau perangai ibarat syaitan dalam bentuk manusia. Itulah peranan agama. Kalau kita gagal meletakkan Pendidikan Islam sebagai prioriti terutamanya di peringkat pendidikan formal rendah, kita telah membuka seluas2nya pintu kebejatan sistem nilai. Ya, ini soal politik. Kerana hanya politik mampu mengubah dasar, dan jika digunakan dengan betul, politik yang akan berperanan menjaga kesucian agama.
Posted on: Wed, 31 Jul 2013 00:08:13 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015