Pendirian saya terhadap Sheikh Al-Azhar Dr.Ahmed At-Taiyib tidak - TopicsExpress



          

Pendirian saya terhadap Sheikh Al-Azhar Dr.Ahmed At-Taiyib tidak pernah berubah sejak awal tercetusnya konflik di Mesir walaupun terdapat beberapa sahabat yang mengecam saya di atas pendirian itu. Alhamdulillah, Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Ikatan Ulama Ahlus Sunnah, Majlis Syura Ulama Mesir, Badan Syariah Bagi Hak-Hak Asasi dan Pemulihan Mesir, Institusi Al-Azhar dan Barisan Ulama Hasan Mesir telah sepakat menyerahkan memorandum bantahan terhadap beliau kerana memainkan peranan langsung menjatuhkan Presiden Morsi dari sokongan yang diberikan kepada Al-Sisi yang diketahui ramai badut Amerika dan Zionis Israel. Dan kerana itulah pendirian saya terhadap Hishamuddin Rais juga tidak akan berubah, seorang yang Pro-Nasionalis Progresif dan Pro-Sosialis yang cukup suka mengambil sisi pandangan buruk terhadap Ikhwanul Muslimin. Suara serong yang mirip musuh-musuh ISLAM yang sentiasa bersangka buruk terhadap Ikhwanul Muslimin berdekad lamanya. Dimanakah peri kemanusiaan mereka ketika musuh sedang meratah hidup-hidup Rakyat Palestin dan Syria??? dan kerana semua pengkhianatan ini, setiap program yang dipimpin beliau WAJIB dipinggirkan.
Posted on: Sun, 04 Aug 2013 08:21:06 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015