Pengadil Kene Gantung.. Seramai 17 pengadil dihukum sama ada - TopicsExpress



          

Pengadil Kene Gantung.. Seramai 17 pengadil dihukum sama ada digantung sehingga sebulan atau ‘diturunkan pangkat’ kerana membuat keputusan silap atau kurang tepat ketika mengendalikan perlawanan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini. Pengerusinya, Datuk Astaman Abdul Aziz, berkata empat daripada pengadil terbabit dikenakan tindakan selepas siasatan dilakukan sebaik menerima aduan persatuan bola sepak negeri manakala 13 lagi berdasarkan laporan penilai pengadil. “Kami hanya menerima lima aduan rasmi daripada persatuan negeri iaitu dua dari Johor dan masing-masing satu dari Perak, Tentera dan Terengganu selepas 714 perlawanan Liga Super, Liga Perdana, Piala FA, Liga FAM dan Piala Presiden sepanjang musim ini. “Daripada lima aduan itu, dua mempunyai asas sehingga menyebabkan empat pegawai perlawanan digantung termasuk pegawai yang mengendalikan salah satu perlawanan membabitkan Johor DT serta perlawanan separuh akhir Piala FA, antara Terengganu dan Kelantan,” katanya selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM di Hotel Royal Chulan, semalam. p/s-Tindakan diambil Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu seolah-olah mengesahkan kritikan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mutu pengadilan Liga-M lemah dan tidak berkualiti adalah benar. @intrust..
Posted on: Thu, 18 Jul 2013 01:50:37 +0000

Trending Topics



min-height:30px;"> Thanks for all your prayers. Here is an update on Emily who had a

Recently Viewed Topics




© 2015