Penganalisis : Saingan menarik di semua peringkat Penganalisis - TopicsExpress



          

Penganalisis : Saingan menarik di semua peringkat Penganalisis politik berpendapat pemilihan Umno kali ini menunjukkan persaingan yang menarik apabila berlaku pertembungan antara orang baru dan orang lama di setiap peringkat pemilihan. Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, transformasi yang dilakukan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi warna-warni dalam pemilihan kali ini. “Jawatan naib presiden menyaksikan pertembungan antara tiga calon baru dan tiga penyandang jawatan itu. “Kita akan menyaksikan bentuk pengundian perwakilan Umno lebih menarik apabila dua bekas menteri besar, Tan Sri Isa Samad dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam kembali mewarnai pemilihan ini dan menunjukkan mereka masih ada sengat. Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir pula bakal memberi saingan sengit kepada calon-calon lain,” katanya. Menurut beliau, jawatan naib presiden menjadi perhatian kerana jawatan itu dianggap sangat penting bagi meneruskan kerjaya politik di masa depan untuk menduduki jawatan tertinggi parti. Sementara itu, untuk jawatan Ketua Wanita Umno, Azizuddin melihat Datuk Maznah Mazlan memberi cabaran kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk mengekalkan jawatannya itu. Beliau berkata, Raihan Suleiman Palestin tidak dilihat sebagai mampu memberi tentangan sengit kepada Shahrizat kerana namanya kurang dikenali, berbanding Maznah yang pernah diberi jawatan penting dalam kerajaan.
Posted on: Sun, 22 Sep 2013 07:16:49 +0000

Trending Topics



="min-height:30px;">
LINDURA DE MI CULTURA This is MY BEAUTIFUL CULTURE! El Cortez
Thanks Richard Parrott for the nomination to post my 20 favourite
We Cannot be liked by all, people , nor Not all people can find us
Songstagram!!! You heard it hear first. If major music stars
Look at this comment from Robert Randazzo CEO at PMDG. PMDG was
A huge Milestone reached at GMAC today. Russell Edwards, as you

Recently Viewed Topics




© 2015