Penganalisis politik Dr Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains - TopicsExpress



          

Penganalisis politik Dr Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia (USM) pula berkata pakatan pembangkang yang terdiri daripada DAP-PKR-PAS menggunakan strategi yang menampilkan tentang perlunya rakyat menuntut hak masing-masing. "Masalahnya ialah apabila seseorang itu memberi gambaran bahawa segala yang ada, salah belaka. Mereka boleh bentuk minda orang, terutama golongan muda, yang kononnya mereka perlu bangun untuk menuntut keadilan dan menentang perkara yang tidak betul," katanya. Sekiranya BN terlambat melakukan tindak balas berkaitan fenomina ini, maka tidak mustahil pada PRU-14 akan datang akan berlaku perubahan kerajaan di negara ini. Sebenarnya BN mempunyai kemampuan melakukan counter action, asalkan mereka mempercayai bahawa dunia kini adalah dunia TANPA SEMPADAN....1kb one-kotabelud.blogspot/2013/06/bn-kena-hati-hati-matalamat-blackout505.html
Posted on: Mon, 10 Jun 2013 23:57:13 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015