Pengumuman Minguan SBM 7 – 13 Oktober 2013 PENGUMUMAN DARI - TopicsExpress



          

Pengumuman Minguan SBM 7 – 13 Oktober 2013 PENGUMUMAN DARI PERSATUAN LEPASAN ST. NICHOLAS Home (PLSN) Perhatian kepada semua ahli Persatuan Lepasan St. Nicholas terutamanya mereka yang berada di kawasan utara. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak St. Nicholas Home dengan kerjasama PLSN akan mengadakan satu forum yang bertajuk “Listen to our Voices”, pada 26 Oktober 2013 (Sabtu) mulai pukul 9:00 pagi hingga 1:00 tengahari bertempat di Dewan Tunku St. Nicholas Home Pulau Pinang. Kudapan pagi dan makan tengahari akan disediakan oleh pihak ppenganjur. Untuk tujuan pendaftaran, Anda bolehlah menghubungi sama ada Encik Thangaveloo di talian 013-4330075, Encik Moktar Soon di talian 013-3409848 atau Encik Loh Kong Ken di talian 012-2654907. Tarikh tutup pendaftaran ialah pada 21HB Oktober 2013. Pengumuman dari Cawangan KL Selangor. Perhatian kepada ahli SBM yang menerima bantuan Elaun Pekerja Cacat (EPC). Anda di kehendaki mengisi Borang JKM 20 bagi tujuan penyambungan semula bantuan berkenaan. Sila dapatkan borang tersebut di pejabat Cawangan Kl/Selangor pada waktu pejabat. Kerani Cawangan boleh dihubungi di talian 03-22764474. Perkhidmatan Menggunting rambut secara percuma. mulai Oktober ini, perkhidmatan menggunting rambut secara percuma akan diadakan pada minggu kedua dan minggu terakhir pada setiap bulan. Lokasinya masih sama iaitu di Premis cawangan KL/Selangor. Berikut pengumuman ulangan. NOTIS MESYUARAT AGUNG LUAR BIASA SBM 2013 Untuk perhatian semua ahli SBM. Adalah dimaklumkan bahawa pertubuhan kita akan mengadakan satu Mesyuarat Agung Luarbiasa pada 9 dan 10 November 2013 (Sabtu dan Ahad). Butirannya adalah seperti berikut:-- Tempat : Olympic Sports Hotel, Jalan Hang Jebat,Kuala Lumpur. Yuran pendaftaran bagi ahli berserta penginapan sebanyak RM30.00 seorang. Yuran pendaftaran bagi ahli Tanpa penginapan sebanyak RM10.00 seorang. Anda perlu menghubungi cawangan atau kawasan anda untuk mendaftar atau mendapat sebarang keterangan lanjut tentang mesyuarat ini. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 26 Oktober, 2013. Pengumuman dari SBM Cawangan KL/Selangor. Lawatan ke Negeri Perak. SBM KL/Selangor akan mengadakan program lawatan sambil belajar ke Perak selama 3 hari 2 malam bersempena sambutan Hari Tongkat Putih peringkat kebangsaan 2013. Program tersebut akan dijalankan pada 25-27 Oktober 2013 (jumaat-ahad. yuran penyertaan sebanyak RM110.00 seorang. Bayaran tersebut termasuk pengangkutan pergi-balik, penginapan untuk dua malam, makan untuk dua hari dan sehelai baju T berkualiti. Bagi tujuan pendaftaran, sila hubungi en. MahadzirAbdul Ghani d talian 013 3420536 atau pejabat cawangan di talian 03-22764474. Tarikh tutup pendafgtaran pada 9 oktober 2013. Pengumuman daripada Dialog in the dark. Perhatian kepada semua OKU penglihatan. Dialog in the Dark akan Menganjurkan program “treasure hunt” pada 13 Oktober, 2013 (Ahad). Program bermula seawal jam 7.00 pagi hingga 1.00 tengah hari. Lokasinya bermula dari Kompleks MAB hingga ke petaling Jaya. Hanya 50 peserta yang diperlukan untuk menyertai program ini. Syarat-syarat penyertaan adalah, individu mestilah seorang OKU penglihatan, mahir dalam tulisan brl sekurang-kurangnya gred 1. Hadiah lumayan bakal menanti para peserta. tempat pertama bernilai rm3000, tempat kedua bernilai RM2000, dan tempat ketiga bernilai rm1000. Sagu hati diberikan bagi tempat keempat hingga ke-10. 7 tempat. Bagi sesiapa yang ingin mengambil bahagian, anda diminta mendaftarkan diri dengan En. Yusharizan. Hubungi beliau di talian 012-9183061. Pengumuman daripada PESROB Selangor. Persatuan Sukan Orang Buta (PESROB) Selangor akan mengadakan satu bengkel Teknikal Goalball pada 11-13 Oktober 2013 (Jumaat-Ahad) bertempat di Kompleks Rakan Muda Puchong Selangor. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Encik Izadin Bin Abdul Razak di talian 0123045312. Pengumuman daripada Komuniti Taman Harapan, Temerloh, Pahang. Pusat Latihan Taman Harapan akan mengadakan satu perjumpaan bersama dengan semua bekas pelatih pusat tersebut Pada 17 November, 2013 (Ahad) Di pusat latihan taman harapan, temerloh, pahang.. untuk tujuan pendaftaran, anda diminta hubungi en. Rosli abdul ghani di talian 019-6927252 selewat-lewatnya pada 30 Oktober, 2013. Kehadiran anda amatlah dia-alukan. Pengumuman Daripada Cawangan KL/Selangor Program wargaemas SBM KL/Selangor akan mengadakan program bersama-sama wargaemas pada 19 Oktober (sabtu) bertempat di Kafateria MAB pada Pukul 3.00 hingga 6.00 petang. Untuk tujuan pendaftaran sila hubungi puan Jamaliah Sidi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan wanita dan wargaemas d talian 016 2820452 atau pejabat SBM KL/Selangor d talian 03-22764474 pada waktu pejabat. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 15 oktober 2013. Anda diingatkan bahawa setiap pengumuman untuk perkhidmatan talian maklumat SBM perlu dihantar tidak lewat dari hari khamis jam 1.00 petang pada setiap minggu bekerja.
Posted on: Sat, 05 Oct 2013 17:30:54 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015