Pengurus Chelsea, Jose Mourinho memberikan amaran kepada pemilik - TopicsExpress



          

Pengurus Chelsea, Jose Mourinho memberikan amaran kepada pemilik kelab, Roman Abramovich dan para peminat agar tidak terlalu meletakkan harapan tinggi dalam usaha mengulangi era kegemilangan di Stamford Bridge. Mourinho melaungkan amaran itu selepas skuad The Blues dikejutkan kekalahan tipis 0-1 kepada Everton pada aksi Liga Perdana England kelmarin. Kekalahan itu merupakan rekod paling buruk Chelsea dalam kempen awal liga domestik sepanjang era Abramovich meskipun mereka hanya ketinggalan dua mata di belakang pendahulu, Arsenal. "Tidak, ia tidak seperti era kegemilangan Chelsea pada 2004.
Posted on: Tue, 17 Sep 2013 03:41:43 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015