Penindasan lebih mudah berlaku terhadap masyarakat yang tidak - TopicsExpress



          

Penindasan lebih mudah berlaku terhadap masyarakat yang tidak berilmu. Saya pernah menonton sebuah dokumentari berkenaan seorang wanita, aktivis hak asasi manusia di India yang cuba menyelamatkan gadis-gadis di sebuah daerah yang sangat rancak dengan kegiatan pelacuran. Pengabaian terhadap pendidikan di kalangan masyarakat di situ mengakibatkan gadis-gadis tiada peluang untuk keluar dari zon gelap itu. Aktivis tersebut terpaksa memujuk keluarga-keluarga di situ agar menyerahkan seorang saja anak gadis untuk dididik di sekolahnya. Sebelum mengubah realiti masyarakat, kita perlu mengubah mentaliti mereka dahulu. Allah berfirman: Bacalah! p/s: Qiyaskan dengan Malaysia. Penindasan lebih mudah berlaku di kawasan luar bandar. Daerah-daerah di Sabah terus ditinggalkan arus kemajuan walaupun mereka penyokong tegar kerajaan.
Posted on: Sun, 18 Aug 2013 03:40:53 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015