Penjawat awam usah taksub dengan entri di laman - TopicsExpress



          

Penjawat awam usah taksub dengan entri di laman sosial ‘Berdiskusi’ sehingga lalai boleh menjejaskan prestasi kerja SEREMBAN: Penjawat awam diingatkan agar tidak terlalu taksub atau terpedaya dengan entri di laman sosial sehingga mengabaikan tugas dan tanggungjawab mereka sewaktu bekerja. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Omar Osman berkata, sikap sesetengah penjawat awam yang gemar memberi komen atau ‘berdiskusi’ tentang sesuatu entri dalam laman sosial bukan hanya melalaikan, malah boleh menjejaskan prestasi kerja. “Kadangkala masa yang ada di pejabat itu lebih banyak ditumpukan untuk berdiskusi dalam laman sosial berkenaan sehingga membawa kepada ‘penjajahan fikiran’ yang tidak sihat. “Saya ingin memberi nasihat kepada 1.4 juta penjawat awam seluruh negara agar jangan hilang fokus terhadap kerja dan jangan terlalu taksub dan terikut-ikut dengan isu yang dimuat naik dalam Facebook,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Seminar Socso Kakitangan Kontrak Kerajaan, di sini semalam. Katanya, penjawat awam juga telah melafazkan aku janji untuk melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik mungkin dan mereka wajar menunaikan janji itu dan bukannya membuang masa ‘berdebat’ dalam laman sosial mengenai sesuatu isu. Sambil mengambil contoh isu pengurangan subsidi minyak, Omar berkata terdapat juga penjawat awam yang cuba menanamkan rasa kebencian terhadap perkara itu dan mempengaruhi rakan-rakannya yang lain menerusi laman sosial. Katanya, pengurangan subsidi minyak oleh kerajaan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin, bukanlah untuk membebankan rakyat apatah lagi penjawat awam. Katanya, kerajaan pastinya mempunyai asas untuk melaksanakan perkara itu dan penjawat awam tidak perlu terlalu emosional dan perlu memahami tindakan itu. “Kerajaan apabila bertindak tentulah bersebab dan penjawat awam tidak perlu risau kerana ia dibuat agar subsidi itu dapat diagihkan secara adil kepada mereka yang berhak daripada dinikmati golongan kaya,” katanya BP 4/9/13
Posted on: Wed, 04 Sep 2013 02:37:33 +0000

Trending Topics



">
From the National Weather Service: WINTER WEATHER ADVISORY IN
JAMMU:- Jammu and Kashmir chief minister Omar Abdullah threatened
foodwatch: Hallo und guten Tag, manchmal sind wir hier im Team

Recently Viewed Topics




© 2015