Penyebar fitnah najis manusia tampil mohon maaf.. Ze Aida - TopicsExpress



          

Penyebar fitnah najis manusia tampil mohon maaf.. Ze Aida (kiri) memberikan kenyataan permohonan maaf kepada Ahamed Azlan Shah (kanan) sambil diperhatikan Ahmad Fazli di Restoran Nasi Vanggey Greentown, malam tadi. - Foto Sinar Harian IPOH - Individu yang menyebarkan fitnah kononnya Restoran Nasi Vanggey Greentown menggunakan najis manusia sebagai pelaris menerusi laman sosial Facebook miliknya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pengurusan restoran berkenaan malam tadi. Individu yang menggunakan nama profil Ze Aida itu hadir sendiri ke restoran berkenaan dengan ditemani abangnya untuk bertemu dengan Pengurus premis makanan tersebut, Ahmad Fazli Mohammed dan Pengarahnya, Ahamed Azlan Shah Saiful Jaafar Sadik bagi menyelesaikan isu berkenaan. Kisah Selanjutnya ---->> bit.ly/1dbmmYR
Posted on: Tue, 19 Nov 2013 03:11:27 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015