Penyertaan Dr Burhanuddin ke dalam PAS disambut dengan reaksi yang - TopicsExpress



          

Penyertaan Dr Burhanuddin ke dalam PAS disambut dengan reaksi yang pelbagai. Ada yang menganggap beliau seorang oportunis politik yang mengambil kesempatan di atas kelurusan ulama’-ulama’ dan lebai-lebai yang ramai menganggotai PAS. Ada juga yang menganggap beliau membazir masa kerana menyertai sebuah parti politik yang tidak berpotensi (Saliha 1972: 37 – 28). Walau bagaimanapun, penyertaan Dr Burhanuddin telah menjadikan PAS sebuah parti yang progresif dan tersusun. Menurut Farish A. Noor (2004), Between 1956 anda 1969 he developed the party from a small marginalized and poorly organized body into a national political party with a broad based ideological platform that brought together both radical nasionalist and Islamist concerns. Ia dibuktikan apabila pencapaian PAS dalam pilihan raya 1959 di bawah kepimpinannya telah menunjukkan peningkatan yang ketara. Beliau sempat memimpin PAS bagi menyertai pilihan raya umum pada tahun 1959 dan memperolehi kejayaan yang luar biasa iaitu 13 kerusi, jumlah kerusi yang tertinggi dalam kalangan parti-parti pembangkang yang lain. Ia sekaligus meletakkan PAS sebagai parti pembangkang utama dan paling berpengaruh pada ketika itu. Walau bagaimanapun, tekanan demi tekanan dikenakan terhadap Dr Burhanuddin bagi melemahkan beliau. Selain dilarang dari bertanding dalam PRU 1964 akibat satu dakwaan pecah amanah, beliau juga telah ditahan di bawah ISA pada 28 Januari 1965 selama lebih setahun atas tiga pertuduhan. Beliau kemudiannya dibebaskan pada 14 Mac 1966 tetapi dikenakan lima syarat yang menghalang beliau bergerak bebas dan terlibat aktif dengan kegiatan politik. Dr Burhanuddin kemudiannya meninggal dunia pada 25 Oktober 1969 akibat sakit (beliau) yang kena masa dalam lock-up di Kuala Lumpur kerana menahan kencing” (Kamarul Zaman Haji Yusoff, 2004: 226). (Petikan buku PAS & Pilihan Raya)
Posted on: Sun, 09 Feb 2014 07:27:45 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015