Perbezaan nilai matawang masa kini disebabkan oleh matawang itu - TopicsExpress



          

Perbezaan nilai matawang masa kini disebabkan oleh matawang itu sendiri diperdagangkan pada pasaran. Berbeza pada masa dahulu piawai matawang seluruh dunia mengikut ciri2 asas sebagai matawang iaitu sumber semulajadi seperti logam berharga, beras, garam, etc. ia untuk menstabilkan permintaan dan pengeluaran berbeza dengan matawang sekarang hanya satu bagi negara iaitu Yen, RM, Dollar bagi sesuatu negara dan tiada kebebasan dalam berurusniaga serta terdedah dengan spekulasi. Ia hanya memberi keuntungan pada sebelah pihak iaitu Dollar sebagai piawai matawang fiat. Dijajah secara halus melalui penggunaan matawang itu sendiri oleh orang2 elit melalui sistem ekonomi dicipta oleh barat. lihatlah pada hari ini disaat USD Dollar semakin jatuh, disebabkan hanya ucapan 1 jam daripada gabenor bank central Amerika, Ben Bernake, USD menjadi kukuh dan matawang mereka menjadi tinggi kembali. Dalam masa seminggu kenaikan USD dollar berbanding ringgit mencapai sebanyak 6.6% kenaikan. Kalah EPF, ASB yang memberikan pulangan setahun tetapi ini hanya dalam beberapa minggu sahaja. Hanya dengan satu ucapan polisi.
Posted on: Thu, 20 Jun 2013 19:52:47 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015