Perbualan dalam kelas "Ustaz, ustaz kenal kakak saya?" tanya - TopicsExpress



          

Perbualan dalam kelas "Ustaz, ustaz kenal kakak saya?" tanya seorang murid perempuan. "Tak kenal" jawab saya tanpa rasa minat untuk tahu. " Kakak saya namanya Wardah. Ustaz ajar dia ke?" sambungnya lagi. "Ok" jawab saya dengan sedikit terperanjat. Ini cerita biasa tetapi mempunyai nilai yang luar biasa. Pelajar perempuan ini pelajar tahun 3. Namanya Najla. Dia mempunyai adik kembar, namanya Najwa. Kakak yang dimaksudkan dalam cerita ini adalah pelajar perempuan tahun 5. Mereka ini pelajar harapan sekolah. Semuanya bijak-bijak dan solehah. Di dalam kelas, mereka memakai stokin walaupun sekolah tersebut hanyalah rumah biasa. Sedangkan, ramai pelajar perempuan lain tidak memakai stokin. Setelah saya siasat sedikit latar belakang keluarga mereka, rupa-rupanya mereka lahir daripada keluarga yang kahwin campur. Ibunya berketurunan Cina dan ayahnya berketurunan Melayu. Perkahwinan campur ini telah melahirkan anak-anak mereka yang cerdas, comel dan solehah. Sejuk perut ibu mengandung. Banyak kelebihan kahwin dengan bangsa lain dan ianya bakal menguntungkan pelbagai pihak. Kepada yang bakal mencari pasangan, carilah pasangan daripada bangsa lain. Hebat nanti anaknya.
Posted on: Fri, 20 Sep 2013 04:49:52 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015