Perjanjian Malaysia 1963 1. Perjanjian Malaysia ditandatangani di - TopicsExpress



          

Perjanjian Malaysia 1963 1. Perjanjian Malaysia ditandatangani di London pada 9 Julai 1963. 2. Persekutuan Malaysia terdiri daripada gabungan empat negara, iaitu Persekutuan Tanah Melayu (Malaya), Singapura, Sarawak, dan Sabah. 3. Istilah "negara" dan "negeri" pada ketika itu belum jelas seperti mana yang kita fahami pada hari ini. Yang penting adalah keanggotaan dalam Persekutuan Malaysia. Keanggotaannya terdiri daripada 4 negara, seperti yang saya katakan. 4. Perlu diketahui dengan jelas bahawa Persekutuan Tanah Melayu terdiri daripada 11 negeri, iaitu Selangor, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Johor, dan Melaka 5. Dalam perjanjian Malaysia, keanggotaan Persekutuan Malaysia itu bukan terdiri daripada 11 negeri Tanah Melayu, bersama dengan Singapura, Sarawak, dan Sabah, tetapi Persekutuan Tanah Melayu itu hanya 1 entiti, dan bukannya 11 entiti. 6. Pengisytiharan pembentukan Malaysia dibuat pada 16 September 1963, dan ia terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak, dan Sabah. 7. Singapura dikeluarkan dari Persekutuan Malaysia pada 9 Ogos 1965 dan menjadi negara republik. 8. Dengan kezaliman politik yang dilakukan oleh pemerintah Malaya yang menguasai Persekutuan Malaysia, Sabah dan Sarawak diturunkan tarafnya daripada sebuah negara kepada sebuah negeri melalui Pindaan Perlembagaan pada 27 Ogos 1976. 9. Inilah ketidakdilan, kezaliman, dan penindasan politik yang dilakukan oleh pemerintah Malaya. Untuk memulihkan keadaan ini, pemimpin dan rakyat Sabah dan Sarawak harus bertindak. Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak memainkan peranan dalam hal ini kerana Sabah dan Sarawak menjadi kuasa penentu sama ada BN atau PR yang menerajui Putrajaya.
Posted on: Mon, 01 Jul 2013 22:58:37 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015