Perkara Yang Harus Dibetulkan Bila Solat Berjemaah Di - TopicsExpress



          

Perkara Yang Harus Dibetulkan Bila Solat Berjemaah Di Masjid. 1. PASTIKAN telefon anda sudah ditutup. Bukanlah tugas imam untuk mengingatkan kita tentang telefon dan masih ramai lagi yang GAGAL untuk menutup telefon. Tidak hairanlah dalam solat pun boleh dengar pelbagai genre muzik dari Hindustan ke rock. Kalau tidak mahu hormati imam dan makmum sekalipun, hormatilah Allah SWT yang kita sembah. 2. Pastikan saf telah diluruskan dan dirapatkan, tarik jemaah di sebelah kiri dan kanan kita kalau ada ruang. Banyak saf rosak ketika solat kerana jemaah masih belum memenuhi saf dgn sempurna lalu berlakulah saf2 yg terlopong. Ingatlah pesan Nabi SAW, dari Anas bin Malik r.a., beliau menjelaskan bahawa Nabi SAW menyuruh supaya para makmum merapatkan saf-saf mereka dan Nabi SAW akan dapat memerhatikan mereka dari belakang. Dan pada ketika itu masing-masing di antara kami pun saling merapatkanlah bahu dengan bahu dan telapak kaki dengan telapak kaki yang di sebelah. (HR al-Bukhari, Shahih al-Bukhari, Kitab al-Azan, 3/154, no. 683) 3. Sesungguhnya solatlah perkara pertama yang akan dihisab oleh Allah SWT kelak, maka marilah kita memperbaiki mutu ibadah kita bersama sama. Semoga Allah SWT redha dengan ibadah kita, Amin Ya Rabb.
Posted on: Wed, 29 Jan 2014 15:10:24 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015