Perkara perlu dielakkan sewaktu hamil:: * Penjagaan kuku tangan - TopicsExpress



          

Perkara perlu dielakkan sewaktu hamil:: * Penjagaan kuku tangan kaki - Anda sering mendapatkan rawatan kuku di salun sebelum ini. Jika boleh, elak melakukannya ketika hamil, terutama pada tiga bulan pertama usia kandungan anda.Ini kerana produk kecantikan yang digunakan mengandungi bahan kimia. Lebih baik anda mengambil langkah berjaga-jaga menghindarinya. * Jalani rawatan muka - Jika sekadar mencuci biasa menggunakan produk bebas daripada bahan kimia, tidak mengapa. Namun, pastikan produk digunakan bersih dan tidak mengandungi bahan berbahaya. * Mewarna rambut - Seboleh-bolehnya elakkan, terutama pada trimester pertama kehamilan, kerana dikhuatiri bahan kimia dalam pewarna meresap ke dalam kulit dan menimbulkan risiko jangkitan terhadap kandungan. * Kasut bertumit - Tak perlu bergaya dengan kasut bertumit ketika hamil kerana semakin bertambah usia kehamilan, semakin bertambah berat badan yang mempengaruhi graviti tubuh dan mudah membuat ibu hamil hilang keseimbangan serta terjatuh. * Ubat nyamuk - Elak apa saja jenis ubat nyamuk tidak kira jenis semburan, yang dibakar atau sapuan sekalipun. Ubat nyamuk mengandungi bahan kimia berbahaya dan boleh menjejaskan kandungan anda. * Derma darah - Ibu hamil tidak digalakkan menderma darah disebabkan mudah mengalami anemia (kekurangan darah) sedangkan anda perlukan banyak darah untuk kehamilan. * Bawa barang - Elak membawa barang berat, apatah lagi setelah kehamilan memasuki trimester terakhir. * Durian - Elak memakan durian, terutama pada trimester pertama kehamilan, kerana ia boleh merangsang kontraksi yang akhirnya menyebabkan keguguran. * Kapal terbang - Elak menaiki kapal terbang pada trimester terakhir kehamilan, apatah lagi jika anda tergolong dalam kehamilan berisiko atau menghadapi masalah kesihatan. Tekanan di udara boleh menambah risiko terhadap kehamilan. * Gincu bibir - Jika anda suka memakai gincu ketika hamil, elakkan tabiat suka menjilat bibir. Bahan pengawet dan pewarna di dalam gincu jika tertelan boleh membahayakan janin. * Krim pemutih - Lupakan krim pemutih ketika ini. Kandungannya boleh menjejaskan kesihatan anda dan janin. * Ubat jerawat - Wajah anda dipenuhi jerawat setelah mula hamil? Ia perkara biasa kerana faktor perubahan hormon untuk proses kehamilan. Lupakan seketika penggunaan ubat jerawat kerana ia mungkin membahayakan pertumbuhan janin anda. Cara lebih selamat, kerap mencuci muka untuk mengurangkan penghasilan minyak yang menyebabkan jerawat. Atasi jerawat semasa hamil nanti ya. ++++++++++++++++++++++++++++++++++++ Set untk ibu2 hamil serta bayi dalam keadaan sihat & bertenaga jemput LIKE
Posted on: Mon, 09 Sep 2013 05:10:00 +0000

Trending Topics



x;"> The word of the Lord Luke 12:13-21 Someone in the crowd said to
An update on Hank the St Bernard German Shepherd pup for our
#food #health #environment #rally #protest #worldwide May 25,
September: Chasing Fireflies Scentsy Warmer PREMIUM Inspired by
Title VII, passed in the 1960s when it was assumed that Southern
NEW VOLUNTEERING SCHEME LAUNCHED! Are you 18 to 25 and a
driven in life by the search for meaning and
So Im laying in bed and listening to this awesome song by van

Recently Viewed Topics




© 2015