Perkara yang sering hantui student. Bila dekat nak periksa akan - TopicsExpress



          

Perkara yang sering hantui student. Bila dekat nak periksa akan simpan azam untuk belajar kuat2, belajar banyak2. Tapi, bukan macam tu sayang. Benda pertama awak kena fikir adalah "time management" dan plan untuk tunaikan hak2 diri awak. Bukan belajar tanpa plan dan buat awak kepenatan akhirnya blur tak tahu apa yang dibelajar. Jadilah student yang bijak dan fokus bila belajar (turn off your gadjet kalau tu yang distractkan awak). sila masukkan dalam list planning tu hak untuk ruh awak jugak. Hak diri untuk belajar faham islam, faham kehidupan dan dekat dengan Allah sebagai hamba. Itu baru namanya orang yang sukses dunia akhirat. tak guna kalau awak kuat belajar tapi awak lewat2kan solat, awak escape bulatan gembira awak yang ambil masa tak sampai beberapa jam pun dari masa awak seminggu yang awak akan isi dengan makan2 dan borak kosong yang lama sebab penat belajar. Bismillah, moga sukses selalu adik-adikku. Semoga niat awal untuk sukses sebagai pelajar menafikan niat2 untuk buat benda2 yang menjauhkan diri dari mengingati Allah.
Posted on: Sat, 28 Sep 2013 16:45:49 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015