Perkongsian jujur dari hati yang sangat dalam setelah 2 hari di - TopicsExpress



          

Perkongsian jujur dari hati yang sangat dalam setelah 2 hari di Kaherah Mesir. Pada awalnya ketika di Malaysia, terasa ragu-ragu apakah isu Mesir patut diberi keutamaan atau ditangguhkan dulu aksinya. Perasaan berbaur ini adalah kerana pengalaman sebelum ini. Tahun 2009 selepas Gaza diserang, saya datang sehingga ke Al arish bersempadan dengan Rafah. Sekitar 40 km dari pintu masuk ke Palestin. Ketika itu saya dan 3 orang delegasi merasa amat terkejut ketika pemandu arab membehentikan vannya berhampiran sebuah kawasan spt padang bola yang dikawal rapi oleh tentera Mesir ( Mubarak masih berkuasa masa itu). Apa yang dapat kami saksikan ialah longgokan barang bantuan dari seluruh dunia untuk Gaza ditahan sehingga ada yang rosak dan tamat tempuh. Barang bantuan termasuk ubat-ubatan, susu bayi, selimut dll terbiar begitu saja. Ada info dari teman di Gaza, mereka sempat menerima ubat tapi terpaksa dimusnahkan kerana sudah tidak layak guna. Kekecewaan yang tidak dapat dibayangkan kami luahkan dgn berbincang sepanjang jalan dari Al Arish hingga ke Kaherah. Kami tekad untuk terus membantu Gaza dengan apa cara sekalipun. Alhamdulillah, berkat doa seluruh umat Islam, program Freedom Flotilla pun terjadi pada bulan Mei 2010. Sekalipun terkorban 9 orang relawan dari Turki, tapi KEJAHATAN ISRAEL dapat disaksikan oleh berbilion manusia di seluruh dunia. Israel yang kejam tanpa perasaan terus menembak, menyerang apal Mavi Marmara tern.ayta dirakam oleh beberapa pihak yang berada di atas kapal tersebut. Sekalipun mereka memusnahkan segala bukti dari rakaman vedio, kamera dan apa saja, Allah maha kaya. Rakaman dari team relawan Brazil dn satelit TV membongkar segalanya. Ketika saya melalui jalan pinggir Rabaah, terasa aura tersebut sekalipun mereka cuba menghapusnya dengan berbagai bentuk penindasan dan kekejaman. Bagi saya Rabaah adalah simbol kebangkitan umat di seluruh dunia. Allah telah memuliakan tempat ini dengan darah para syuhada dari kanak-kanak, wanita, orang tua, pemuda pemudi yang ikhlas menuntut hak mereka sebagai warga negara demokrasi. Salah mereka hanya satu..mereka tidak mahu tunduk kepada kezaliman tentera dari pemerintahan yang tidak SAH. Info lengkap akan kita perolehi dari mereka yang berada di Rabaah dan ditembak hingga tercedera.(rakaman vedio secara langsung). Semoga Allah memberi kekuatan kepada kami hingga selesai misi ini..! Sebarkan #r4peace egypt-syria, kami datang..!
Posted on: Sun, 01 Sep 2013 18:12:05 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015