Persatuan Kucing KL Selangor merakamkan setinggi-tinggi takziah di - TopicsExpress



          

Persatuan Kucing KL Selangor merakamkan setinggi-tinggi takziah di atas pemergian HERO akibat penyakit leukimia. Kita sebagai penyayang kucing semua telah sedia maklum akan penderitaan yang dilalui HERO dalam menjalani hidupnya dari bermula kisah dipotong kedua belah kaki depan hingga saat dihidapi penyakit Leukimia. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Saudara Mohd Hairey Yahya dari ك KAKIMOTONG ك FAN CLUB atas pengorbanan, kesudian dan keperitaan memelihara HERO sepanjang tempoh hayat HERO. Semoga HERO tetap damai menjalani kehidupan di alam baru. Al-Fatihah buat HERO dan semoga di Rahmati Allah. Ini pendirian Persatuan Kucing KL Selangor mengenai isu mendoakan HERO, mengirim AL-Fatihah atau mengkafankan kucing tersebut. DOA Mendoakan sesuatu agar mendapat, menjadi dan mengharapkan yang terbaik adalah tidak menjadi kesalahan dengan niat untuk memiliki result positif setelah berusaha. Contohnya mendoakan kucing supaya cepat sembuh setelah berusaha pergi menjalani sesi perubatan adalah tidak menjadi kesalahan kerana pemilik menyandarkan harapan kepada Allah S.W.T untuk menyembuhkan kucing tersebut. Ini kerana manusia hanya mampu berusaha dan berdoa tetapi keputusan terakhir adalah berserah kepada Allah jua. HADIAH AL FATIHAH Tidak juga menjadi kesalahan mengirimkan Al Fatihah kepada mana-mana benda hidup atau mati untuk memudahkan urusan benda hidup atau yang telah mati. Seperti mana kita tahu khasiat surah Al Fatihah bukan sahaja untuk sebagai syarat sah solat tetapi sebagai terapi, ubat dan penyelamat. Ini bererti sebagai manusia kita yakin bahawa Al Fatihah memiliki seribu satu Rahmat yang tersembunyi. Seperti contoh seorang petani akan meniupkan bacaan surah al Fatihah kepada batas kebun dengan keyakinan semoga Allah memberi hidupan dan kesuburan terhadap tanaman agar mengeluarkan hasil yang baik. Ini bukanlah termasuk dalam hal Bid-ah. MENGKAFANKAN MAYAT KUCING Istilah mengkafankan mungkin disalah tafsir sebagai satu perbuatan yang berkaitan ritual. Sebanarnya mengkafankan adalah bahasa arab tetapi istilah terbaik untuk seekor kucing mati ialah membungkus. Membungkus kucing yang mati bukanlah sesuatu yang memudaratkan dan menyalahi agama. Malah ia dituntut untuk kita menghormati benda hidup. cuma membungkus mayat kucing tidak tertulis dalam hukum atau bukan menjadi rukun dalam Fekah ataupun Tasawuf. Yang ada hanyalah satu rasa penghargaan terhadap kucing kesayangan. Kebaikannya adalah untuk mengelakkan jangkitan kuman sewaktu memegang mayat kucing yang berpenyakit. Membungkus kucing tidak semestinya dengan kain cotton yang dipanggil kain kafan tetapi boleh juga dengan surat khabar, dengan plastik, daun pisang dan sebagainya. Akhir kata segala perbuatan tersebut adalah tidak salah selagi mana niat kita menguruskan, mendoakan dan menghargai kucing atau hidupan lain semata-mata kerana Allah dan bukan tujuannya untuk riak, mengada-adakan hukum dan untuk memuja-muja yang diketahui bertentangan dengan syarak.
Posted on: Mon, 25 Nov 2013 04:25:44 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015