Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) [ Terkini Isu - TopicsExpress



          

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) [ Terkini Isu Semasa Mesir ] Ahad | 18 Ogos 2013 | 01.50 pagi Damietta - Para penduduk semakin panik dengan tindakan ganas yang dilakukan oleh polis dan samseng di kawasan pedalaman terhadap penyokong Presiden Dr Mohamed Morsi, termasuk membakar harta dan pembantaian fizikal. Di pusat bandar, beberapa anggota polis dan samseng melemparkan Molotov koktel dan melepaskan tembakan peluru hidup serta katrij ke arah premis jualan alatan rumah dan perabot milik Asaad Zahran. Antara mangsa serangan lain ialah Farmasi Al-Andalus milik Dr.Ahmad Baily, salah seorang anggota politik di sini. Tidak memadai dengan serangan ke atas penyokong Ikhwan Muslimin, mereka juga menyerbu dan memusnahkan sebuah farmasi yang terletak di kawasan Kubri Muallimin milik Dr.Mohamed al-Marjawi yang tidak bergabung dalam mana-mana parti politik. Bandar Kafr Saad menyaksikan ratusan samseng bersenjata berhimpun di hadapan sebuah balai polis, di samping penyebaran kedudukan beberapa penembak tepat di atas bumbung-bumbung rumah, menara masjid dan beberapa kedudukan aras tinggi di pusat bandar. "Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"
Posted on: Sun, 18 Aug 2013 01:42:02 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015