Pertukaran tenaga pengajar dan penuntut pengajian tinggi antara - TopicsExpress



          

Pertukaran tenaga pengajar dan penuntut pengajian tinggi antara kerjasama baru akan diterokai Kuala Lumpur dan Hanoi. Usaha sama itu dilakukan berikutan peningkatkan minat penuntut dari Vietnam melanjutkan pengajian di Malaysia. Memulakan acara lawatan rasmi hari kedua ke Vietnam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan kunjung hormat kepada rakan sejawatnya Nguyen Thien Nhan di rumah tetamu negara di Hanoi. Seteruskan diikuti pertemuan tertutup lebih sejam antara kedua-dua pemimpin. Selepas pertemuan itu berlangsung majlis menandatangani perjanjian persefahaman mengenai kerjasama pengajian tinggi antara Kuala Lumpur dan Hanoi. Bagi pihak malaysia perjanjian ini ditandatangangi sendiri Tan Sri Muhyiddin selaku menteri pelajaran dan pengajian tinggi. Manakala Vietnam diwakili menteri pelajaran dan latihan, Profesor Fah Vu Tan. Menerusi perjanjian ini, Malaysia dan Vietnam bersetuju berkongsi maklumat mengenai sistem serta struktir pengajian tinggi. Turut akan dilakukan ialah program latihan bersama dalam bidang teknikal dan vokasional serta program pemindahan kredit dikalangan penuntut pusat pengajian tinggi di iktiraf di kedua-dua negara. Menurut tan sri muhyiddin sejak akhir-akhir ini Malaysia menjadi tumpuan penuntut Vietnam melanjutkan pelajaran. Bagi tujuan itu pendekatan memudahkan kemasukan pelajar Vietnam ke negara ini dilaksanakan. Ketika ini lebih 2,800 penuntut Vietnam belajar di Malaysia dan jumlah itu akan ditambah sehingga 5000 orang setahun.
Posted on: Thu, 17 Oct 2013 18:10:01 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015