Peruntukan RM100 juta untuk Program 1Azam di Sabah 19/07/2013 - TopicsExpress



          

Peruntukan RM100 juta untuk Program 1Azam di Sabah 19/07/2013 * KOTA MARUDU - Kerajaan Barisan Nasional (BN) meluluskan peruntukan sebanyak RM100 juta bagi melaksanakan Program Akhiri Zaman Miskin (1Azam) di Sabah, tahun ini. Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Anita Baranting berkata, kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM40 juta pada 2010, 2011 (RM80 juta) dan 2012 (RM40juta) bagi melaksanakan program tersebut di Sabah. Menurutnya, program 1Azam peringkat negeri merangkumi beberapa bidang termasuk pertanian, keusahawanan, kerja tangan, latihan kemahiran dan bidang lain yang menjurus kepada peningkatan ekonomi penduduk luar bandar. "Peserta program ini dikenal pasti melalui senarai e-kasih yang terdiri daripada ketua isi rumah miskin tegar, miskin dan mudah miskin. "Program 1Azam dibahagikan kepada empat kategori iaitu Azam Tani, Azam Niaga, Azam Khidmat dan Azam Kerja,” katanya dalam teks ucapan sempena majlis penutupan kursus kemahiran Jahitan Program 1Azam peringkat Daerah Kota Marudu, di sini semalam. Teks ucapan beliau dibacakan Pemimpin Kemajuan Rakyat kawasan Dewan Undangan Negeri Tandek Jelius Radani. Anita berkata, kerajaan menyasarkan seramai 7,500 peserta mendapat manfaat menerusi program 1Azam dengan 6,500 peserta akan dibimbing di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Negeri, manakala 1,000 lagi di bawah Jabatan Tenaga Kerja. - Bernama KOSMO!
Posted on: Fri, 19 Jul 2013 11:34:35 +0000

Trending Topics



sont très
Today, July 9, 2013, in response to the new guidelines Facebook
Les faits marquants de l’heure au Medzong 70-80 La séance
My daughter amazes me everyday. She made her dad a promise and

Recently Viewed Topics




© 2015