Petanda Kiamat Telah Dekat? Salah satu petanda kiamat yang di - TopicsExpress



          

Petanda Kiamat Telah Dekat? Salah satu petanda kiamat yang di sebut Rasulullah SAW 15 abad lalu ialah. Umat Islam memberi salam hanya kepada orang yang dikenali sahaja. Sabda Rasulullah SAW, maksudnya: sesungguhnya di antara tanda-tanda kiamat bahawa seorang lelaki akan mengucapkan salam kepada lelaki lain yang dikenali sahaja (Hadith soleh diriwayatkan oleh Ahmad dari Ibn Masud) Rasulullah SAW telah bersabda lagi: pada pintu gerbang kiamat seseorang akan hanya mengucapkan salam kepada orang yang khusus saja (orang yang kenal dekat dengannya) (Diriwayatkan oleh Ahmad dan At-Thayalisi dari Ibn Masud) apa yang lebih aneh lagi, kaum muslim telah menukar salam Islam yang lebih mulia dengan salam Yahudi, Nasrani dan kaum Musyrikin Quraisy dengan alasan budaya kemajuan, maka sungguh buruklah apa-apa yang mereka tukar tersebut. Sesetengah daripada umat Islam sendiri lebih senang dan berasa standard mengucapkan perkataan Good Morning Good Night Hai.. dan sebagainya ketika bertemu dengan sesama Islam. Bahkan lebih teruk lagi ialah penggunaan alat komunikasi hari ini seperti SMS dengan menggunakan ringkasan salam dengan istilah (perkataan) Meqom Akum Askum Smeqom dan sebagainya. Seorang pnyelidik mendapati bahawa perkataan AKUM yang digunakan secara meluas oleh para pengamal telifon mudah alih melalui aktiviti SMS dan Chat berasal daripada bahasa Ibrani. AKUM adalah singkatan perkataan Avde Kokhavim U Mazzalot perkataan ini di gunakan oleh orang yahudi kepada bangsa selain yahudi (Goyim) bagi menghina dan merendah-rendahkan mereka, yang maksud dan ertinya Binatang Tampa sedar kita sebagai orang Islam ikut membantu mempopularkan istilah tersebut, dengan mengetepikan penggunaan perkataan asal, iaitu ucapan salam (Assalamualaikum). Sedangkan ucapan salam ialah sebagai suatu doa untuk kesejahteraan sesama Mukmin. Nabi Muhammad SAW berkata kepada Umair bin Wahab yang ketika itu masih musyrik di mana ketika dia beretemu dengan Nabi SAW, dia berkata Keuntungan Kebahagiaan pada pagi ini ya Muhammad (sebagaimana yang diucapkan orang pada zaman ini dengan ucapan Selamat Pagi dan lain-lain ucapan). Maka Nabi SAW menjawap: Sungguh Allah telah memuliakan kami dengan ucapan kehormatan yang lebih mulia dari ucapan kamu wahai Umair iaitu dengan ucapan Salam (Assalamualaikum). Kerana ia adalah ucapan kehormatan Ahli Syurga
Posted on: Sat, 02 Nov 2013 14:25:03 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015