Petang tadi, saya menghubungi Dr.Khair Abdul Hadi, Naib Presiden - TopicsExpress



          

Petang tadi, saya menghubungi Dr.Khair Abdul Hadi, Naib Presiden Penyelaras Revolusi Syria di Mesir. Sambil mengucapkan selamat menyambut Ramadhan, beliau turut meluahkan kekecewaan terhadap apa yang berlaku di Mesir. Sekelip mata nasib mereka warga Syria berubah. Mereka bakal melalui hari-hari gelap selepas ini yang akan menyaksikan tindakan demi tindakan dibuat kepada rakyat Syria. Dr.Khair mengulas tindakan melarang sebarang penerbangan rakyat Syria dari negara itu ke Kaherah kecuali mendapat keizinan dari pihak keselamatan. Menurut beliau, mereka yang telah lama berada di Mesir juga tidak lagi dibenarkan kembali memasuki Mesir sekembalinya dari permusafiran ke luar Mesir. Sebelum ini, pelarian Syria menjadikan Mesir sebagai destinasi mereka mencari perlindungan rejim Syria berbanding negara-negara Arab lain yang lebih tertutup menerima pelarian Syria. Doakan mereka di hari-hari kita berada di bulan mulia ini.
Posted on: Tue, 09 Jul 2013 22:31:32 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015