Pinda perlembagaan sekat penularan Kuala Lumpur: Perlembagaan - TopicsExpress



          

Pinda perlembagaan sekat penularan Kuala Lumpur: Perlembagaan perlu diubah bagi membendung penularan fahaman Syiah yang semakin membimbangkan di negara ini. Malah, Majlis Fatwa Kebangsaan patut mengeluarkan penyataan baru supaya ia lebih jelas dan tidak terlalu umum. Penolong Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Ustaz Zamihan Mat Zin (gambar) berkata, fatwa yang dikeluarkan pada Mei 1985 terlalu umum tanpa menyebut fahaman Syiah. Beliau berkata, jika tidak menyebut Syiah sebagai salah satu fahaman yang bertentangan dengan agama, sukar untuk mengambil tindakan. “Dalam Perlembagaan juga tidak menyatakan mengenai fahaman Syiah dan ia patut dilakukan sekarang supaya masalah ini tidak menjadi semakin tidak terkawal. “Kerajaan patut bertindak serta-merta, bukan tunggu dan lihat kerana fahaman al-Arqam patut menjadi pengajaran kepada kita supaya jangan leka,” katanya dalam ceramah Ramadan di surau NSTP, Kuala Lumpur, semalam. Katanya, kajian yang dilakukan mendapati ada 300,000 pengikut Syiah di negara ini dan dari jumlah itu 17,000 adalah pelajar. “Beberapa universiti dikenal pasti mempunyai ramai pengikut Syiah, malah ada universiti turut membabitkan pensyarah. “Kira-kira 150,000 pelancong Iran mengunjungi negara ini setiap tahun, malah mereka turut menubuhkan pelbagai syarikat yang terbabit dalam aktiviti menyebar fahaman Syiah,” katanya. Beliau sudah memberi taklimat mengenai bahaya penularan fahaman Syiah di negara ini kepada Ketua Polis Negara, Menteri Dalam Negeri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. “Saya tidak mahu bercakap mengenai politik, tetapi pendedahan ini lebih kepada tanggung jawab sebagai seorang Muslim yang takutkan kemurkaan Allah. “Mungkin apa yang saya bentangkan itu menyinggung perasaan sesetengah pihak, tetapi yang penting adalah agama bukan manusia,” katanya. HM
Posted on: Mon, 29 Jul 2013 22:25:47 +0000

Trending Topics



Reviews## Spyder Auto Chrysler 300 05-07 (Dual Turn Signal Bulbs)
Please enjoy this look back at the beauty and the hope of the city
TEAM All In One Profits (AIOP) ...UNLEASHED ! When you get tired
State Class A BOYS Team scores – Hamilton 48, Corvallis 129,

Recently Viewed Topics




© 2015