Playoff Piala Malaysia awal Ramadan Empat pasukan akan turun pada - TopicsExpress



          

Playoff Piala Malaysia awal Ramadan Empat pasukan akan turun pada 10 Julai ini untuk menentukan dua slot Piala Malaysia 2013 bagi melengkapkan 16 pasukan bertanding yang dijangka bermula pada 17 Ogos depan. Dua perlawanan playoff bakal berlangsung serentak pada Rabu depan dan memandangkan perlawanan diadakan pada hari pertama Ramadan, sepak mula diadakan pada 9.45 malam berdasar format kalah mati membabitkan dua pasukan tercorot Liga Super serta pasukan tempat kelima dan keenam Liga Perdana. Pasukan ke-11 Liga Super bakal menentang pasukan ke-6 Liga Perdana di Stadium Nasional, Bukit Jalil dan pasukan ke-12 Liga Super menentang pasukan ke-5 Liga Perdana di Stadium Shah Alam. 10 pasukan Liga Super layak secara automatik dengan sembilan daripadanya sudah pun mengesahkan tempat iaitu Lions XII, Selangor, Johor Darul Takzim (DT), ATM, Kelantan, Pahang, PKNS FC, Perak dan Terengganu sementara wakil Liga Perdana, Sarawak, Sime Darby, Johor dan Kedah. Felda United dan T-Team masih bersaing merebut tempat ke-10 manakala Negeri Sembilan yang sah berada di tangga ke-12 Liga Super akan melalui perlawanan playoff. Untuk Liga Perdana pula, Sabah sudah sah untuk perlawanan playoff manakala satu lagi tempat akan direbut Pos Malaysia atau PDRM. ~Chucky Gorris 1Official~
Posted on: Thu, 04 Jul 2013 08:09:18 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015