Polis Jalankan Rondaan Sejam Sekali Di Premis ATM Mulai - TopicsExpress



          

Polis Jalankan Rondaan Sejam Sekali Di Premis ATM Mulai Ahad..SYABAS KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Berkuatkuasa Ahad, pasukan peronda polis akan menjalankan rondaan sejam sekali di premis-premis mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di seluruh negara sebagai langkah mencegah kejadian samun dan pecah ATM. Pengerusi Urus Setia Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) PDRM Datuk Wira Ayub Yaakob berkata, Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal akan melaporkan keadaan terkini selepas setiap rondaan kepada bilik kawalan di setiap daerah. "Unit rondaan ini perlu menjalankan rondaan dengan berhenti dan melawat premis ATM dengan kekerapan satu jam sekali dalam tempoh 24 jam setiap hari di semua daerah di seluruh negara. "Kalau setiap jam ada polis yang meronda di premis ATM, mana mungkin boleh berlaku kejadian samun dan pecah ATM sebab ia perlukan masa memandangkan peralatan yang digunakan seperti gas oxy-acetylene, dan lori untuk menarik keluar mesin tersebut," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Ops Tawan Bukit Aman di perkarangan pusat membeli-belah KLCC. Beliau berkata unit peronda itu dipertanggungjawabkan sepenuhnya terhadap sebarang insiden khususnya melibatkan kejadian pecah dan samun ATM sekiranya ia berlaku dalam tempoh rondaan mereka. -- BERNAMA bernama/bernama/v7/bm/newsindex.php?id=956420
Posted on: Tue, 18 Jun 2013 00:21:08 +0000

Trending Topics



rojection TV Lamp UX21513 /
No me sueltes aunque yo sea noche, y el alba amenace con
The third major stop on the Kensington Tours Mirabai Expedition
ERP Sales Account Manager Job in Kenya Vacancy: Account Manager -
আজব কিছু আইন 1. হংকংয়ে
Absolutely devastated to find out Hannah Dowson, such an inspiring

Recently Viewed Topics




© 2015