Polis: Waspada bermain bunga api Posted date: July 22, 2013 Oleh - TopicsExpress



          

Polis: Waspada bermain bunga api Posted date: July 22, 2013 Oleh Sim Y. H. BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Julai – Dalam keriangan bermain bunga api semasa menjelangnya Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2013, Pasukan Polis Diraja Brunei mengingatkan orang ramai untuk mengambil langkah berhati-hati dan waspada serta memantau kanak-kanak semasa mereka bermain bunga api untuk mengelakkan dari berlakunya kejadian yang tidak diingini. Orang ramai juga diingatkan hanya bermain dengan bunga api yang telah diluluskan oleh Pasukan Polis Diraja Brunei yang bukan jenis bahan letupan atau campuran bahan letupan di mana ia adalah ditegah dari dimainkan. Ini penting untuk memastikan bahawa mereka bermain bunga api serta orang yang berada di sekelilingnya tidak terdedah kepada bahan-bahan yang berbahaya atau sebarang kejadian yang tidak diingini. Sementara itu, peniaga dan penjual bunga api disarankan untuk tidak menjual bunga-bunga api yang ditegah seperti yang tersenarai dalam senarai bunga api yang diluluskan. Pasukan Polis Diraja Brunei dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini memaklumkan bahawa hanya tiga buah syarikat pembekal bunga api sahaja yang telah diberikan kebenaran untuk menjual bunga api di negara ini bagi Hari Raya Aidilfitri 2013 iaitu B-Win Trading & Marketing Company, Y.C.M Enterprise dan Syarikat Perniagaan Kukoh Bersatu. Peruncit-peruncit, premis-premis dan gedung-gedung perniagaan serta penjualan di kem-kem adalah tidak dibenarkan manakala tarikh penjualan bunga api telah bermula pada 10 Julai 2013 sehingga 6 September 2013. Sebagai langkah keselamatan, orang ramai juga diingatkan supaya menitik beratkan keselamatan semasa bermain bunga api kerana ia boleh mengundang bahaya kepada bukan sahaja mereka yang bermain tetapi juga kepada orang lain yang mana api atau ledakan letupan yang dihasilkan dari bahan bunga api boleh mendatangkan kecederaan kepada tubuh badan, kerosakan kepada harta benda dan kebakaran. Langkah berjaga-jaga haruslah diambil serius di mana bunga api tidak boleh dimainkan/dipasang di kawasan awam, di kawasan yang berhampiran dengan bangunan, rumah atau kenderaan atau berdekatan dengan bahan mudah terbakar. Pada masa yang sama untuk menjaga kesejahteraan jiran-jiran berhampiran, adalah dinasihati agar pembakaran bunga api tidak dilakukan selepas tengah malam kerana bunyi letupan dari bunga api boleh mendatangkan gangguan kepada jiran-jiran yang hendak berehat, sedang tidur atau yang tengah sakit. Sementara itu, kanak-kanak yang bermain bunga api hendaklah diawasi oleh orang dewasa. Mengikut Peraturan 15, Akta Senjata Api dan Bahan Letupan Negara Brunei Darussalam, Penggal 58 iaitu sekatan mengimport mercun, bunga api dan sebagainya telah antara lain menyebutkan sesiapa sahaja tidak boleh mengimport, membuat, menjual atau memiliki apa-apa mercun atau bunga api atau yang mengandongi bahan letupan atau campuran bahan letupan. Bagi hukuman mengikut Peraturan 17 (2), Akta Senjata Api dan Bahan Letupan menyatakan mana-mana orang yang melanggar Peraturan 15, Akta Senjata Api dan Bahan Letupan adalah bersalah kerana melakukan satu kesalahan dan jika sabit akan dikenakan denda $ 3,000.00. ᵜᵜᵜ Brunei Networks ᵜᵜᵜ
Posted on: Mon, 22 Jul 2013 14:48:01 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015