Presiden Romania didenda kerana burukkan rakyat sendiri - TopicsExpress



          

Presiden Romania didenda kerana burukkan rakyat sendiri 11/2/14 BUCHAREST, Romania 11 Feb. - Sebuah agensi di Romania mendenda Presiden negara tersebut sebanyak AS$185 (RM616) semalam kerana didakwa mengatakan rakyatnya malas bekerja dan menyara hidup dengan mencuri. Bagaimanapun Majlis Kebangsaan Memerangi Diskriminasi enggan mengambil tindakan kerana Presiden Traian Basescu didakwa membuat kenyataan tersebut di luar negara, semasa satu sidang akhbar di Slovenia pada 2010. Namun, Mahkamah Tinggi telah mengarahkan sebuah badan bebas dibawah kawalan Parlimen untuk mengambil kes tersebut dan beliau didenda atas tuduhan memburukkan rakyat Romania. - AP
Posted on: Tue, 11 Feb 2014 02:19:44 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015