Pro-Mahasiswa Usm mengucapkan syabas dan tahniah kepada saudara - TopicsExpress



          

Pro-Mahasiswa Usm mengucapkan syabas dan tahniah kepada saudara Hafiz Hafifi Hassan. Jelas menunjukkan bahawa mahasiswa kini semakin celik dan cakna dengan keadaan sekeliling terutama sekali yang ada hubungkait dengan kampus yang merupakan pusat penghasilan utama para intelek. Mahasiswa merupakan cerminan pemimpin akan datang. Jika kita memilih untuk menerima tanpa memberi, kita lesu! Sang intelek harus terus berfikir dan menilai supaya dapat menjadi individu yang memimpin suasana. Universiti seharusnya dijadikan kolam penghasilan mahasiswa produktif yang berfikiran kritis dan kreatif dalam memberi idea, cadangan dan penambahbaikan agar sentiasa memberi nafas baru kepada negara umumnya dan antarabangsa khasnya. Malangnya institusi pendidikan negara ketandusan mahasiswa yang sebegini. Kami menyeru untuk kita sama-sama mengambil peluang menggembleng tenaga dan idea yang bernas berbanding hanya mencipta spekulasi dan persepsi sepanjang menjadi mahasiswa. KITA MAHASISWA, cerminan pemimpin akan datang, entiti yang dipandang tinggi masyarakat dan agen perubahan dalam memberi nafas baru dalam semua bidang. -Bulatkan tekad untuk menjadi MAHASISWA MINDA KELAS PERTAMA!
Posted on: Sat, 07 Sep 2013 14:01:10 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015