Prof Hamid Arshat & isteri juga pergi umrah sendiri. Beliau hanya - TopicsExpress



          

Prof Hamid Arshat & isteri juga pergi umrah sendiri. Beliau hanya upah travel agen utk dptkn visa umrah. Berikut ialah prosedur yg beliau buat: 1. Beli return tiket flight Saudi Airlines dr KL-Medinah. Ambil flight hari Rabu pukul 3 pm dan sampai Medinah pukul 8 pm waktu tempatan. Booking awal 4-6 bulan, harga lebih murah. 2. Imigresen dan kastam lebih mudah di airport Medinah berbanding airport Jeddah. Saudi Airline ada sediakan ruang solat yg agak luas dlm kapal terbang. Sblm flight berlepas, doa naik kenderaan diperdengarkn. Airline ini sgt laris utk umrah, sila cepat booking. 3. Booking online hotel, 1 mlm di hotel Medinah, esoknya pergi ke Makkah untuk selama 6 mlm, book hotel diMakkah untuk 6 mlm. Lepas itu balik ke Medinah dan booking lagi hotel untuk 3 mlm. Total 10 malam. 4. Bila siap booking flight & hotel kita dapat e-tiket dan voucher2 untuk hotel. Beri kpd agen utk mohon visa + pasport2 + surat nikah + beranak (utk bukti muhrim) dan kad perubatan untuk suntikan meningitis. Urusan visa 2-4 minggu sebelum flight. Pastikan tarikh flight at least sebulan lewat dr tarikh mohon visa. Visa akan ditampal dalam pasport dan nama wakil muasasah ditampal dibelakang pasport. 5. Sampai di Medinah setelah selesai urusan imigresen dan sudah dapat beg dan kastam scan beg2 kita, pegawai akan minta pasport untuk discan dan tanya siapa muasasah kita. Wakil muasasah dtg kpd kita dan akan tanya samada kita hendak naik kenderaan mereka atau pilih naik teksi ke hotel dengan bayar sendiri. Tunjukkan voucher hotel yang kita sudah buat booking. Biasanya tiada apa2 masalah. 6. Dari airport Medinah ke hotel naik teksi mengambil masa 20 -30 minit sahaja. Kalau turun airport Jeddah, naik bas ke Medinah ambil ms 6 jam. 7. Solat jama maghrib dan isha di hotel. Esok solat subuh dan zohor di masjid Nabawi. 8. Check out hotel. Lepas zohor pergi Makkah untuk umrah. 9. Book teksi dari Medinah ke Makkah melalui bell boy boleh negotiate harga. Biasa teksi saloon muat 4 orang harganya 600 rial tp yg besar spt GMC atau van harga antara 800 hingga 1000 rials muat sehingga 8 orang.
Posted on: Mon, 28 Oct 2013 06:44:37 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015