Proses awal : Sebaik jantung berhenti mengepam darah, darah akan - TopicsExpress



          

Proses awal : Sebaik jantung berhenti mengepam darah, darah akan termendak ke bahagian paling bawah tubuh. Ia dibantu faktor tarikan graviti. Anggota badan menjadi merah unggu pada bahagian bawah dan pucat memutih bahagian atasnya. Kulit dan otot-otot mulai mengendur dan suhu jasad menurun. Proses fisiologi berhenti bekerja. Proses pertengahan: Selepas 2 - 6 jam, otot akan mula mengeras didahului otot mata dan diikuti otot-otot yang lain. Mayat menjadi keras. Mayat juga dilihat melekit, Selepas 2 - 4 hari, otot yang keras mulai mengendur. Mayat mulai berbau busuk. Masa ini minyak wangi ratus2 sudah tidak berguna. Proses penguraian dan pereputan berlaku. Bahagian paling awal membusuk dan terurai ialah bahagian perut iaitu usus besar. Warna kehijauan timbul. Ini kerana segala bakteria bersama najis bertindak mereputkan usus besar. Warna kehijauan ini akan merebak ke saluran abdomen, dada dan paha. Seterusnya menjadi gelap kehitaman. Perut mengembung dan pecah (dapatkah dibayangkan???). Mata akan tersembul keluar akibat tekanan gas (tindak balas bakteria dalam usus kecil). Proses akhir: Selepas 7 hari kematian, kulit tubuh akan menjadi kemerahan seperti terkena api dan tertanggal dengan mudah. Selepas 3-4 minggu, kuku, rambut dan gigi akan tanggal satu persatu. Proses pereputan terus berlaku dimana otot-otot terpisah daripada tulang. Ia berlanjutan di mana otot2 dan organ tubuh hancur sedikit demi sedikit. Ulat dan cacing akan membantu proses pereputan. Cepat atau lambat tubuh mereput akan bergantung pada berbagai faktor. Faktor kimia tanah juga memainkan peranan. Begitu juga suhu. Setelah 2 tahun, yang tinggal hanya tulang dan untuk menghancurkan tulang memakan masa bertahun2. Inilah proses kita kembali ke tanah...Hanya insan terpilih yang dikehendaki Allah sahaja jasadnya utuh tidak reput. AllahuAkbar..(Tuhan tlg :(:(:() scream
Posted on: Thu, 24 Oct 2013 20:14:07 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015