Puasa itu satu perintah, Oleh Tuhan yang maha perkasa, Perintah - TopicsExpress



          

Puasa itu satu perintah, Oleh Tuhan yang maha perkasa, Perintah itu jangan dibantah, Wajibnya itu pada yang berkuasa. Disisir diandam dengan cekap, Potong rambut pelbagai gaya, Puasa sebulan sudahlah lengkap, Kita menyambut Hari Raya. Masak udang dan gulai ketam, Pembasuh mulut kuih keria, Berbunyi mercun berdetum detam, Riang gembira dihari raya. Adik tersayang segak bergaya, Mengait kuih di atas para, Suasana riang di hari raya, Bermaaf-maafan riang gembira. Gua Niah pintunya lebar, Dayak dusun jadi penjaga, Datuk nenek tidak tersabar, Kuih tersusun di atas meja. Menyeberang lautan melintas negeri, Terbang jauh dari Itali, Datuk nenek muka berseri, Anak cucu telah kembali. Memukul gendang pelbagai gaya, Amat meriah riang gembira, Ramai bertandang di hari raya, Tersenyum riang sanak saudara.
Posted on: Wed, 07 Aug 2013 09:41:21 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015