Punca Penyakit Gastrik: Punca penyakit gastrik adalah amalan - TopicsExpress



          

Punca Penyakit Gastrik: Punca penyakit gastrik adalah amalan tabiat makan (minum pagi, makan tengahari dan makan malam) yang tidak mengikut waktu yang tetap. Sebagai contoh kadang-kadang makan tengahari pukul 11.00, kadang-kadang pukul 12.00, kadang-kadang pukul 1.00, kadang-kadang pukul 2.00 dan kadang-kadang bila tersangat sibuk sampai pukul 4.00 petang belum makan tengah hari. Apabila amalan ini diteruskan untuk tempuh kira-kira 5 tahun, insyaAllah Allah akan memberikan penyakit gastrik. Setelah penyakit gastrik dikesan, namun tabiat ini masih diteruskan, insyaAllah dalam tempuh 2 tahun lagi, orang ini akan mendapat penyakit yang lebih serius lagi iaitu peptic ulcer atau ulser perut. Tempuh matang untuk penyakit gastrik ini akan dipercepatkan lagi sekiranya seseorang itu merokok, suka makan nenas, makan mee segera, jeruk kering dan basah, junk food, minum minuman bergas, makan makanan berangin seperti pisang nangka, ubi dan cempedak / nangka; makan makanan terlalu pedas, makan hingga tersangat kenyang, makan ubat doktor atau tradisional tertentu dan makan makanan yang bercuka. Tanda-tanda penyakit gastrik: Kerap sakit kepala di bahagian kanan kepala terutama apabila perut kosong atau lewat makan nasi. Sakit kepala ini kadang-kadang diikuti dengan perasaan loya atau mual dan sebu perut dan hilang selera untuk makan. Kadang-kadang simptom ini dialami tanpa sakit kepala. Demam yang saya panggil demam gastrik apabila selalu miss makan pagi, tengahari atau malam. Muntah kadang-kadang berwarna kuning dan kadang-kadang ada darah dalam muntah atau darah beku bergumpal. Sakit perut yang kadang kala teramat sakit. Keluar angin dari mulut macam sendawa terutama apabila bahagian tertentu badan digosok atau diurut. Rawatan penyakit gastrik: Pastikan mulai sekarang, waktu makan adalah mengikut disiplin waktu yang ketat contoh setiap hari makan tengahari pukul 1.00 tgh plus minus 15 minit. Pastikan bila makan nasi (tenghari dan malam) selepasnya minum air suam bukan air manis atau air batu. Pastikan juga minum hanya sesudah makan bukan berulamkan minum!! Elakkan makanan junk food, jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah dan juga mee segera. Elakkan nescafe, kopi, teh, minuman bergas, sunquick dalam botol, orange squash, air limau Jikalau peringkat gastrik berat, elakkan segala makanan mengandungi yeast seperti roti, donat, pau, piza dll Elakkan makan terlalu kenyang Elakkan cuka, makanan yang pedas Elakkan atau kurangkan daging dan ayam. Elakkan makanan ubi, pulut, keledek, kentang, pisang nangka, pisang tanduk, cempedak / nangka, rebung, dan makanan lain yang menyebabkan kembung perut atau banyak angin dan sendawa. Elakkan sama sekali dari mengambil sebarang ubat dari doktor dan klinik bagi rawatan gastrik seperti milk of magnesia dsb kerana ia akan merumitkan lagi gastrik. Minum susu segar atau susu tepung full cream (bukan HL atau low fat atau annelene) pada awal pagi (6.30 pagi), 10.00 pagi, 4.00 ptg dan 9.30 malam setiap hari sehingga benar-benar sembuh. Kalau sakit perut teramat sangat, muntah atau demam, ambil secekak pucuk jambu batu, rebus dengan 3 sudu ketumbar, rebus dengan 3 gelas air dan masak hingga menjadi 1 gelas. Bahagikan air ini kepada 3 bahagian, minum 1 bahagian air rebusan ini tiga kali setiap 4 jam. Mengenang semula penyakit gastrik ini, saya terkenang sejarah permulaan saya berjumpa dengan arwah guru saya kira-kira pada tahun 1985. Pada waktu ini ayah saya yang sudah berusia lewat 50an sedang sakit teruk iaitu ulser perut. Ulser lebih teruk berbanding gastrik. Ayah saya tinggal di Labis, Johor sedangkan saya pula tinggal di Kuala Lumpur. Hendak menjenguk selalu jauh. Alhamdulillah seorang kakak ipar bekerja sebagai staf nurse di Kluang. Beliaulah yang banyak menguruskan ayah saya ini masuk keluar hospital di Segamat (kira-kira 20 batu dari Labis). Masalah Ulser perut ayah saya tidak selesai walaupun sudah banyak kali berjumpa doktor dan banyak kali keluar masuk wad di hospital, macam orang muda kata, pi mai pi mai dok tang tu juga. Kakak ipar saya pula selalu memberikan nasihat yang berkaitan. Dengan izin Allah SWT, pada tahun 1985, saya membawa ayah saya untuk berubat dengan arwah guru saya di Cheras Kuala Lumpur. Itulah pertemuan pertama secara resmi antara saya dengan arwah guru saya. Selepas banyak bersoal jawab antara arwah guru dan ayah saya, akhirnya arwah menjelaskan nama penyakit tersebut (ulser), punca penyakit dan bagaimana merawatnya. Saya terpaksa mengulang ke rumah arwah tersebut untuk mengambil (membayar) ubatnya beberapa hari kemudian.Selepas mengamalkan pantang larang dan memakan ubat selama dua bulan sahaja, alhamdulillah penyakit ulser perut ayah saya pulih sehinggalah sekarang.Selepas hampir sepuluh tahun kemudian, saya pula mengalami penyakit gastrik kerana tidak menjaga waktu makan disebabkan kesibukan kerja yang terlalu teruk, pukul 8.00 pagi hingga lewat malam 5 hari seminggu. Ilmu ini jugalah yang digunakan untuk saya merawat penyakit gastrik yang saya alami. Alhamdulillah sudah sembuh mudah-mudah tidak lagi berulang. View in: Mobile | Desktop
Posted on: Thu, 28 Nov 2013 04:42:17 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015