Putin Akui Kelangsungan Hidup Assad Untuk Kepentingan - TopicsExpress



          

Putin Akui Kelangsungan Hidup Assad Untuk Kepentingan Zionis Presiden Rusia Vladimir Putin - penyokong terbesar Rejim Assad di Barat - mengakui bahawa kelangsungan hidup Assad adalah untuk kepentingan entiti Zionis. Pernyataan tersebut disampaikannya kepada wartawan Israel, Manahem Jisayid dari salah satu surat khabar Israel, Ia berkata: "catatlah untuk para pembacamu dan teman-temanmu di Israel bahawa kepentingan tertinggi negara anda adalah mempertahankan hidup Bashar Assad." Putin menambah-menurut akhbar The Middle East-kepentingan tertinggi bagi kalian adalah kelangsungan hidup Assad, terlepas dari segala perbezaan antara kalian dengan Assad, rejim tetap berjalan dan komited terhadap kesepakatan diantara kalian, pada masanya kalian merasa tenang, tapi jika Rejim jatuh maka akan timbul kekacauan, dan mungkin Syria akan jatuh ketangan "Ekstrimis". Katanya. Dan Putin berjanji untuk kelangsungan dan ketenangan masa depan Golan bahkan dengan sokongan Peluru berpandu buatan Rusia untuk pasukan Rejim Assad S-300. Sedangkan pasukan pejuang telah mengatakan sebelumnya bahawa mereka telah diserang oleh tentera Zionis Golan dalam koordinasi pasukan Assad.
Posted on: Sun, 16 Jun 2013 06:14:31 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015