Q: Saya makan fast food walaupun saya tau ia kurang baik untuk - TopicsExpress



          

Q: Saya makan fast food walaupun saya tau ia kurang baik untuk kesihatan. Jika saya terpaksa beli fast food, ada tak cara untuk saya pilih fast food yang sihat? A: Cara terbaik nak beli fast food ialah dengan beli menu terbaik dan jangan beli menu set - termasuk air gas dan kentang goreng, walaupun hanya perlu tambah sedikit wang sahaja. Ingat, tambah sedikit duit saja, tapi yang dapat ialah BERATUS kalori yang kita tak perlu. Pilih menu berasas protin dan pilih yang rendah lemak. Contohnya burger dengan daun salad, bawang, tomato dan jeruk - tanpa keju dan mayonis - tidak terlalu tinggi dengan lemak, dan menu ini mengenyangkan. Selain dari kentang goreng, boleh order menu salad dan asingkan dressing dicampur sekali (pilih yang rendah lemak) supaya kuantiti dressing boleh kita kawal. Untuk minuman, pilih teh ais yang kosong berbanding air soda atau teh manis, juga bawa bekal buah di dalam kereta supaya kita lengkapkan hidangan dengan buahan. Kedai roti sandwich juga ada lebih banyak pilihan dari kedai burger - bahan sandwich boleh dipilih jadi banyakkan sayuran dan daging serta kurangkan dressing dan perasa yang tinggi lemak. Satu lagi tip, info nutrisi bagi menu makanan fast food boleh didapati secara online, kita boleh rujuk maklumat tersebut dahulu sebelum kita membeli untuk memastikan kita pilih menu yang terbaik. - Susan Bowerman; Nutritionist; Herbalife. (Sila Like & Share)
Posted on: Wed, 14 Aug 2013 00:32:03 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015