::RAMBUT GUGUR SELEPAS BERSALIN?:: Ibu-ibu yang melahirkan anak - TopicsExpress



          

::RAMBUT GUGUR SELEPAS BERSALIN?:: Ibu-ibu yang melahirkan anak mungkin mengalami keguguran rambut yang serius dari bulan ke-3 hingga ke-6 selepas kelahiran. KENAPA? Ia berpunca dari perubahan hormon yang berlaku ketika hamil lagi. Hormon kehamilan, sebenarnya membantu mengekalkan rambut ibu yang sedang hamil. Perhatikan ibu-ibu yang mengandung, mereka biasanya memiliki rambut yang tebal dan lebat. Walaubagaimana pun, selepas kelahiran, hormon wanita akan menurun perlahan-lahan ketahap normal, dan ketika ini, ramai yang mengalami masalah keguguran yang agak ketara. Namun, untuk kebanyakkan wanita, ia bukan lah sesuatu yang perlu dirungsingkan, kerana menjelang usia 1 tahun bayi anda, rambut anda akan kembali normal. Ibu-ibu yang menyusu badan mungkin memperlahankan sedikit proses keguguran rambut berbanding yang tidak. TIPS UNTUK KURANGKAN RAMBUT GUGUR Untuk mengurangkan keguguran rambut, eloklah mengamalkan diet yang sihat dan mengambil vitamin yang selamat untuk ibu dan bayi yang menyusu. Hanya bershampu sekiranya perlu dan gunakan sikat bergigi besar untuk kurangkan geseran pada rambut. Gunakan cekak rambut dan elakkan dari menggunakan getah untuk mengikat rambut. Elakkan penggunaan pengering rambut, pelurus, pewarna dan seumpanya. Walaubagaimana pun 5% ibu-ibu yang melahirkan mungkin menghadapi masalah hyperthyroidism yang boleh menjadi punca rambut gugur yang lebih kritikal. Dapatkan nasihat pakar sekiranya anda rasakan masalah rambut gugur anda sangat kritikal. SARANAN KAMI Untuk mengawal keguguran dan mempercepatkan penggantian rambut yang hilang, anda juga boleh menggunakan Set Serum 3-in-1 kami yang 100% herba dan tiada kesan sampingan. pm inbox/mesej/whatsapp ke 0198929311
Posted on: Tue, 11 Jun 2013 17:02:22 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015